PAGES

Tuesday, April 21, 2009

Sekali sekali ke pantai, best juga

lokasi- pantai Air Tawar - belakang mrsm aje.... tapi permandangan dia best.. nampak pulau Rhu, perhnetian ... dan yang penting dapat makan keropok lekor kat gerai berdekatan...

MULTAQA HADHARI


PERJUMPAAN PIHAK MRSM DENGAN IBUBAPA PELAJAR - PELAJAR UA. ALHAMDULILLAH BERJALAN DENGAN LANCAR DAN MEMBERI BANYAK MANAFAAT PADA KEDUA-DUA BELAH PIHAK.


Tuesday, April 14, 2009

Pergi Tengok Musabaqah Hafazan Kebangsaan





tengok betul - betul. tahun depan bolehlah masuk kategori menghafaz 1hingga 15 juzuk.


Balai Islam Lundang, Kota Bharu Kelantan

Monday, April 13, 2009

PERJUMPAAN IBUBAPA DAN GURU

Pertemuan 1 antara guru-guru dan ibubapa akan diadakan seperti berikut:
Tarikh 18hb April 2008 ( Sabtu)
Masa : 9.00 pg
Tempat : Bilik Ilham.
Antara agenda adalah:
  1. Pembentangan kemajuan pelajar setakad 15hb april 2008
  2. Hadiah galakan pelajar kerana berjaya mencapai sasaran hafazan
  3. Laporan aktiviti pelajar.
  4. Cadangan penubuhan tabung aktiviti UA.

Semua ibubapa adalah dijemput.

Terima Kasih.

Wednesday, April 8, 2009



Ini adalah gambaran kemajuan program hafazan anak-anak kita. Sehingga 26 Mac , 84 pelajar telah berjaya mencapai tahap A(melebihi 30muka surat intake1 dan melebihi 25m/s intake2), 82 berada pada tahap B dan 13 berada pada tahap C.

Target hafazan :

Mukasurat 37 bagi kemasukan pertama
Mukasurat 30 bagi kemasukan kedua. Ini adalah pencapaian amat membanggakan dan pelajar semakin hari semakin gigih menghafal dan kita doakan mereka berjaya cemerlang.

Monday, April 6, 2009

DAPATAN KAJIAN TERHADAP KESUKAAN MAKANAN TAMBAHAN UA

18% Pelajar tidak suka minum susu segar dan 82% sukakannya.
39% pelajar tidak suka kismis dan 61% sukakanya.
23% tidak minum madu setiap pagi dan 77% minum.