PAGES

Saturday, August 15, 2009

H1N1 dan TAHA




pada perhimpunan mingguan kali ini dijemput sama adalah wakil daripada tabung Haji dan En. Wan rahim dari Pusat Kesihatan Besut untuk menerangkan tentang keistimewaan mnejadi ahli kelab TAHA. En wan Rahim pula menerangkan tentang wabak H1N1 yang sedang hangat melanda negara sekarang. Penerangan ini sangat diperlukan untuk mendidik pelajar tentang kebersihan diri dan cara-cara menhindari H1N1.

UJIAN HAFAZAN TINGKATAN 1

Pelajar -pelajar UA telah menjalani ujian hafazan juzuk 1 pada hari rabu dan khamis ( 12 dan 13 Ogos ) lepas. Ianya ditasni' oleh guru yang berlainan kelas. Majoriti pelajar mendapat A ( markah 80 ke atas ).

Keputusan penuh akan diupdate nanti.

Saturday, August 8, 2009

MINGGU AKTIVITI SEM2

MINGGU AKTIVITI SEMESTER 2 , 2009 DIPENUHI DENGAN AKTIVITI
1. BENGKEL KERJAYA
2. SUKANEKA
3. PERTUNJUKKAN REMOTE KONTROL
4.MISTERI SAINS
5.TAYANGAN
6.PASAR MALAM/JUALAN HOMEROOM
7.SENAMROBIK
8.TASMI' TING2,3,4 DAN 5.. SURAH YASIIN, ALMULK, ASSAJADAH DAN AYAT LAZIM
9. FEAR FAKTOR
10. AKTIVITI SEM
11.MALAM KEBUDYAYAAN
12.HARI PENDIDIKAN KESIHATAN
13.AKTIVITI BADAN UNIFORM
14. AMALI HAJI
15.PERTANDINGAN WAU CANTIK
16. XPDC PULAU RHU KELAB SAMUDERA...


MEMANG BANYAK AKTIVITINYA... PELAJAR BELAJAR BANYAK PERKARA

Wednesday, August 5, 2009

Blog Ulul Albab dalam format yang baru. Selepas 9 bulan rasanya kita tukar sedikit format supaya mahu berganjak kepada tahap yang lebih maju. Harap maklum dari pena editors.

Tuesday, August 4, 2009

Minggu ini adalah minggu aktiviti semester 2. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah pertunjukan RC kereta, helicopter dan kapalterbang pada hari Ahad dan Isnin. Pelajar UA berpeluang melihat kehebatan kereta lumba. penerbangan helicopter dan kapalterbang. Maktab akan menubuhkan kelab RC Ulul Albab yang akan dibuka untuk pelajar-pelajar yang berminat. Langkah pertama bagi kelab ini adalah mencari dana untuk membeli beberapa kereta, helicopter dan kapalterbang untuk beginners. Pihak maktab dalam proses untuk menyiapkan kertas kerja kelab RC ini. Kita berharap projek ini akan mendapat sokongan dan sumbangan dari ibubapa.
Cikgu Razali akan ajar pelajar kelab RC Ulul Albab. Kita akan terbangkan 'RC Ulul Albab' sedikit masa lagi. Tapinya kenalah jadi ahli kelab RC Ulul Albab dulu yer. Nanti kita minta sumbangan derma dari ibubapa nak beli engin, remote control , simulator dan sebagainya. Cikgu Razali akan ajar buat sendiri kapalterbang macam dalam gambar ni.
"masa kecil-kecil dulu kami main kereta kotak, tayarnya tudung botol sahaja, tapi pelajar UA nak main cam En Md Noor dan anaknya Sadik"
Maaf yang dibawa pada pertunjukan kali ini utk pemain pro sahaja. Tenguk-tenguk dulu. minat? nanti join kelab rc Ulul albab.
Aerofoil wing tu pe cikgu?. Pelajar diberi tunjuk ajar untuk 'bina kapalterbang' sendiri.
Satu hari nanti saya pasti akan boleh menerbangkannya. Boleh ke nak buat sendiri ?.
Kalau saya nak beli satu heli tu brape cikgu?