Dalam multaqa kali ini kita mendapat beberapa maklumat baru antaranya ialah batch UA mendapat TPNG terbaik dibanding dengan seluruh tingakatan 1 seluruh MRSM di Malaysia. Isnyaallah dengan sokongan ibubapa, usaha keras guru-guru dan kesungguhan pelajar-pelajar ini akan menggegarkan negara dengan result PMR terbaik seluruh negara pada tahun 2011.
Terimakasih kepada ibubapa yang sudi hadir Multaqa pada kali ini. Kehadiran ibubapa boleh tahan juga. Itu tandanya ibubapa turut bersama - sama pihak maktab berusaha menjayakan program UA. terimakasih juga diucapkan kepada YB Hj. Pahemi kerana sudi hadir bersama ibubapa dan memperngerusikan majlis dailog pada kali ini.
Perpindahan Ustazaah Aisyah ditangisi anak-anak pelajar Tasmi'nya kerana baru setahun terlibat dengan program UA di Kota Putra, Ust. sekarang berpindah pula ke UA Gemencheh. Semoga pengalaman Ustazah ke sana dapat membantu melaksanakan program UA yang baru bermula di sana.
RAKAN-RAKAN GURU TASMI' BERSAMA KETUA JABATAN MENGADAKAN JAMUAN KECIL SEBAGAI MERAIKAN PEMERGIAN USTAZAH AISYAH YANG BERPINDAH KE MRSM ULUL ALBAB GEMENCHEH.
Selamat datang ke tempat kami. Inilah bilik asrama yang bakal diduduki. Walau bukan seperti bilik hotel, tapi kalau dihias dan dikemas pastinya lebih selesa dari bilik hotel. Dari sini bermulalah kehidupan pelajar baru mengejar impian bergelar hafiz/hafizah. Insya Allah cabaran baru yang ditempuh adalah kesusahan sementra yang akan membuahkan kejayaan dunia dan akhirat kelak. ibu bapa bersama guru homeroom dalam proses menyerahkan kebajikan pelajar dalam kelolaan guru. Ibubapa sibuk mengisi berbagai jenis borang yang diperlukan. jangan lupa isi borang biasiswa, kalau layak mengikut merit dapatlah bantuan kewangan dari MARA. Jom Masuk MRSM Ulul Albab. Tahniah kerana terpilih, dari 1200 orang calon anda sememangnya bertuah.
DSP Norzaini Mohd Noor dari IPD Kampong Raja telah dilantik oleh PDRM menjadi bapa angkat kepada MRSM kota Putra. Sesi berkenalan telah diadakan khas bersama pelajar-pelajar MRSM. Sempena perhimpunan itu juga pelajar UA dapat membuat persembahan nasyid dan choral speaking bahasa Arab.
SATU KEM UNTUK MENGUKUHKAN TEKNIK HAFAZAN DAN MURAJAAH TELAH DIADAKAN UNTUK PELAJAR TINGKATAN 1 2009. MEREKA DATANG AWAL SEMINGGU DARI HARI PERSEKOLAHAN BIASA. ANTARA TARGET KEM INI ADALAH MENHAFAZ SEPARUH JUZUK DAN MURAJAAH 3 JUZUK. MEREKA DI TASMI' SELAMA 4 JAM SETIAP HARI.
DI SAMPING ITU MEREKA JUGA DAPAT MENGIKUTI BEBERAPA KULIAH TENTANG TEKNIK MURAJAAH, PENULISAN AL QURAN RASM USMANI, TAJWID TAHSINUL FATIHAH DAN ADAB-ADAB SEORANG HAFIZ.
PADA WAKTU PETANG DIADAKAN PERTANDINGAN BOLA JARING DAN BOLASEPAK.
Tahniah kepada adik2 UA yang dapat mencapai target 10 juzu' malah ada yang melebihi dari itu. Di dalam tahun baru ini, perlulah kita menanam azam yang baru dan perlu lebih bersabar untuk menghadapi kehidupan di asrama. 2 Minggu dari sekarang , batch ke-2 akan mula mendaftar. Tidak sabar rasanya untuk mendapat adik form 1 yang baru untuk turut serta menghafaz ayat2 suci Al-quran.
Keputusan Temuduga dan tawaran ke MRSM Kota Putra Pihak kami di fahamkan keputusan sudah boleh diketahui dari Bahagian Pendidikan dan Latihan MARA (BPLM), Unit Pengambilan Pelajar Ulul Albab( sila hubungi Ibu Pejabat MARA KUala Lumpur, sambungan ke BPLM) Kami ucapkan tahniah pada pelajar-pelajar yang berjaya dan kami menanti kedatangan pada hari pendaftaran nanti.