PAGES

Sunday, February 28, 2010

MS1 : Perkhemahan Perdanan F3 dan F5

Sebagai pelengkap aktiviti ko kurikulum dan syarat graduasi, pelajar tingkatan 5 dan 3 diwajibkan mengikuti perkhemahan perdana 2010.

Alhamdulillah dapat bas Baru

Dalam sibuk-sibuk merasmikan minggu aktiviti , sempat jua Pengetua dan guru - guru menyaksikan majlis bacaan doa selamat untuk bas yang baru tiba untuk menggantikan bas lama yang sudah mahu dilupuskan. Harap pelajar-pelajar dapat sama-sama menjaga keceriaan dan kebersihan bas ini dan elakkan diri dari melakukan vandalisme. Berbanggalah kita dengan Maktab kita dengan erti kata menjaga harta maktab dengan sebaiknya..

Syabas Adik Naim - sertai rancangan Adik-adikku


alhamdulillah adik naim ( baju oren ) terplilih menyertai program mengcungkil bakat berpidato. Nanti bolehlah berkongsi pengalaman bersama rakan dan guru untuk memantapkan lagi program UA.

Saksikan di TV1, setiap Isnin-Jumaat pada jam 630ptg-700ptg!

gambar ihsan dari : http://speakout.fotopages.com/?entry=1978136

Monday, February 15, 2010

Selamat pulang dari cuti

nampaknya hari-hari mendatang penuh dengan aktiviti ijtihadik antaranya :

1. Pelancaran gemilang SPM dan PMR
2. Perkhemahan Badan Uniform Tingkatan 3 dan 5
3. Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 4 dan minggu Misra Tingaktan 4
4. Minggu Aktiviti Semester 1
5. Hari Sukan Olahraga MRSM Kopu
6. Kursus Komputer Apple untuk guru-guru

Semuanya akan berlaku bermula esok hari hingga 25 Februari. tentunya semua pelajar akan sibuk dengan aktiviti masing-masing.

Semua pelajar dan guru-guru harap dapat membuat persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi minggu paling sibuk itu dan pelajar UA diharap tidak melupakan hafazan mereka.

Ok... enjoy your activity week.

Sunday, February 7, 2010

LAGI GAMBAR TREKKING KE BUKIT KLUANG



Bertuah juga kerana dekat dengan Bukit Keluang, bolehlah daki selalu. 45minit ke 1 jam mendaki, dan 15-20 minit turun. Selepas solat Jumaat , kira-kira jam 3.45 petang pendakian dimulakan dengan disertai oleh 25 orang pelajar lelaki ting 2, 12 orang pelajar lelaki tingkatan 1, 4 orang pelajar perempuan tingkatan 1, 15 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dan 5 dari kelab fotografi dan 8 orang pelajar perempuan tingkatan 3, 4 dan 5 dari kelab fotografi.

Abang dan kakak senior menjadi 'guider dan trekker' disamping menjaga keselamatan pelajar yang mendaki.

Bagi yang kali pertama naik , memang mengujakan, permandangan indah laut pulau pasir dan pantai amat menenangkan jiwa peserta. Kami menghabiskan hampir 45 minit berada dipuncak menikmati keindahan alam.

Alhamdulillah mereka semua amat hebat , tiada yang mengaku kalah dan semuanya sihat walfiat. Ada peluang pasti nak mendaki lagi.

Melepaskan Tension Di Bukit KEluang


Pelajar Form 1 dan Form 2 telah pergi mendaki bukit di bukit keluang diiringi oleh ustaz faizul..
dengan aktiviti seperti ini, pelajar dapat mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim antara satu sama lain dan dapat melepaskan tekanan dalam pelajaran dan juga hafazan masing-masing

Monday, February 1, 2010

Selamat Datang Pelajar Baru Ambilan ke 2, 2010


Terpancar kegembiraan diwajah mereka, ibubapa dan pelajar UA yang baru mendaftar. Memberi pendidikan terbaik buat si anak, dengan penuh syukur dapat menyekolahkan mereka di sekolah yang terbaik dengan sistem pendidikan yang terbaik. Semoga adik yang baru sampai akan cepat menyesuaikan diri dan dapat menghafaz dengan selesa.

SELAMAT DATANG DATO' SERI

Sungguh ia memberi semangat dan ransangan kepada guru dan ibubapa untuk berusaha dengan lebih keras memartabatkan generasi UA, menjadikan mereka sehebat-hebat pelajar dan sebaik-baik generasi yang dilahirkan. Terimakasih atas kunjungan Dato Seri.

Sempena dengan itu juga pihak muafakat telahpun bersetuju untuk menetapkan sumbangan ibubapa seperti berikut :

Jika mampu Rm 1 000.00
jika tidak mampu RM 600.00
jika tidak mampu juga RM 300.00
Jika tidak mampu juga tidak dipaksa untuk menyumbang. Maknanya tidak payah menyumbang.

Ibubapa juga diharapkan untuk menyumbang apa jua kepakaran yang ada , tidak lupa juga doa yang berpanjangan supaya Allah memudahkan urusan penghafalan dan pembelajaran anak - anak.

LAGI LIPUTAN MULTAQA 2010

Haa inilah masanya nak mengorek rahsia keadaan anak-anak semasa pembelajaran mereka. Bertanya kepada guru yang mengajar mereka secara langsung dan sama-sama membuat pakatan dan rancangan untuk menolak mereka terus ke hadapan.