PAGES
▼
Wednesday, August 25, 2010
PROGRAM TADARRUS GURU, KAKITANGAN DAN PELAJAR
PROGRAM TADARRUS telah dimulakan sejak Ramadhan. Semua peringkat guru, kakitangan dan pelajar terlibat dengan progaram ini. Masa rehat 10.10-10.35 digunakan untuk menjayakan progaram ini. guru dan kakitangan dibahagikan mengikut kumpulan dan membaca al-quran secara bergilir-gilir. Pelajar pula mengikuti bacaan naqib yang dibaca melalui sistem pembesar suara.
Saturday, August 21, 2010
AL-RISALAH 3 : FADHILAT DAN KELEBIHAN PUASA
· Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi s.a.w, “Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka : bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat berdoa diampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hamba-Ku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam”.
Tuesday, August 17, 2010
PELANCARAN DANA RAMADHAN
Pada 13hb Ogos yang lalu, Dana Ramadhan telah dilancarkan oleh tuan pengetua bertujuan mengumpulkan dana untuk disedekahkan kepada anak-anak yatim yang ada di MRSM ini.
Wednesday, August 11, 2010
Tuesday, August 10, 2010
MINGGU AKTIVITI : PROGRAM IMAM MUDA
HARI AKADEMIK, PENYAMPAIAN HADIAH KECEMERLANGAN DAN MULTAQA KALI KE 3, 2010
Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Akademik
Pelajar yang mendapat pencapaian TPNG 3.5 ke atas dan pencapaian terbaik dalam subjek telah dianugerakahn hadiah galakan dan sijil.
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Dato Idris Jusoh , YB Pahemi dan Tuan pengetua sendiri.
Pencapaian terbaik tpng 3.5 ke atas diungguli oleh pelajar tingkatan 2 UA iaitu seramai 85 orang.
Monday, August 9, 2010
Friday, August 6, 2010
TEMUDUGA HAFAZAN KERAJAAN NEGERI
Beberapa orang pelajar UA telah terpilih untuk ditemuduga oleh pihak kerajaan negeri untuk diberikan imbuhan hafazan yang disediakan oleh kerajaan negeri.
Monday, August 2, 2010
SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ
Satu program sempena memperingati peristiwa Isra' Mikraj telah diadakan pada cuti hari keputeraan Agong yang lalu. Antara pengisian program tersebut adalah :