PAGES

SELAMAT KEMBALI KE MAKTAB

HARI PENDAFTARAN TINGKATAN 2, 3, DAN 5

TARIKH : 1 JANUARI 2011 (SABTU)

MASA : 9.00 PAGI - 4.30 PETANG

TEMPAT : DEWAN ULUL ALBAB

JUMLAH YURAN
TINGKATAN 2 - RM277.00
TINGKATAN 3 - 427.00
TINGKATAN 5 - 477.00

HARI AHAD CUTI ( TIADA KELAS )

HARI ISNIN- PERHIMPUNAN DAN SEMINAR AKAN DIADAKAN.

Thursday, December 23, 2010

PMR 2010 Cemerlang













Syukur dan tahniah pada guru,pelajar dan semua yang telah berusaha gigih (kita yakin Allah akan beri kejayaan kepada mereka yang berusaha dengan bersungguh-sungguh). Maktab tempat ke4 semua A dari 36 mrsm. Pelajar Ulul Albab, usaha dengan lebih gigih lagi, insyaAllah tahun depan kita juara.

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Semperna dengan hari yang mulia ini,
Saya mngucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.Semuga Allah menerima segala ibadat kita dan menjadikan hari-hari akan datang dengan kebaikan.
Saya memohon maaf zahir dan batin kepada semua ibubapa Ulul Albab Kota Putra.
Semuga semua pelajar bergembira beraya dengan keluarga masing-masing.
(2 anak tiada bersama, Dr Hanif bertugas di Adelaide dan Mohd Hilman belajar d Moscow)

SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR DAN BATIN

(kad desinged by Sizmanual. from web DEVIANART)

Kami warga UA khususnya warga blogger UA, ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan bain. kullu amin wa antun bilkhair. Selamt bercuti buat semua anak-anak UA. Walaupun kita lewat bercuti namun hari-hari yang kita lalui di sini insyallah dalam fi sabilillah, mencari dan menguasai ilmu sebanyak mungkin..

MAJLIS KHATAM QURAN


Dengan selesainya Majlis Khatam Quran pada hari ini, lengkaplah sudah program ihya Ramadhan yang dilaksanakan pada tahun ini. Semua aktiviti yang dirancangkan telah dilaksanakan hasil usaha dan kerjasama antara guru-guru , kakitangan dan pelajar-pelajar MRSM Kota Putra.


Majlis Khatam Quran dilaksanakan dua sesi iaitu sesi guru dan kakitangan perempuan
bermula jam 2.30 petang.

PENYAMPAIAN DANA RAMDHAN DAN SAGUHATI IMAM TERAWIH


Dana yang dikumpulkan melalui sedekah dan derma sepanjang bulan Ramadhan telah terkumpul sebanyak RM1800.00 dan telah dibahagikan kepada pelajar yang layak seramai 60 orang.

Imam terawih juga turut menerima saguhati sebagai pendorong semangat untuk terus berbakti di masa akan datang.


Sunday, September 5, 2010

IFTAR PERDANA



Majlis Berbuka puasa bersama guru homeroom turut diadakan hari ini. Guru hr trurt membawa juadah tambahan untuk dijamu kepada anak-anak hr.

PELANCARAN USRAH PERDANA TINGKATAN 1-5


aLhamdulillah, akhirnya program Usrah Perdana yang melibatkan semua tingkatan dapat dilaksanakan mulai hari ini.

(Tuan Pengetua menerangkan rukun usrah: Taaruf, Tafahum, Takaful)

Wednesday, September 1, 2010

CERAMAH NUZUL QURAN kali ke 2



kali ini mengenai al-Quran dan Sains disampaikan oleh Prof. Madya.Dr. Arip Kasmo dari UKM. Program bermula selepas solat terawih hinggalah ke pukul 11.00 malam.

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA



Antara acara malam merdeka adalah solat hajat, bacaan yasin selepas terawih, penyampaian puisi, drama dan pidato merdeka.


GOTONG ROYONG MASAK BUBUR LAMBUK

Kelab Guru dan Kakitangan menganjurkan gotong royong memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada semua warga maktab semasa berbuka puasa.


CERAMAH NUZUL QURAN



Disampaikan oleh Ustaz Sharifuddin Assafawi bin Abdul Ghani dari MRSM Kuala Terengganu,

Wednesday, August 25, 2010

PROGRAM TADARRUS GURU, KAKITANGAN DAN PELAJAR

PROGRAM TADARRUS telah dimulakan sejak Ramadhan. Semua peringkat guru, kakitangan dan pelajar terlibat dengan progaram ini. Masa rehat 10.10-10.35 digunakan untuk menjayakan progaram ini. guru dan kakitangan dibahagikan mengikut kumpulan dan membaca al-quran secara bergilir-gilir. Pelajar pula mengikuti bacaan naqib yang dibaca melalui sistem pembesar suara.