Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran “al-Hafiz”, akan mendapat 2 ganjaran :
- Ganjaran di dunia.
- Ganjaran di akhirat.
Ganjaran di dunia
Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamalatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. Di antara ganjaran tersebut adalah :
- Penghafaz al-Quran merupakan golongan yang rapat dengan Allah S.W.T. di dunia.
- Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
- Penghafaz al-Quran mendapat pengiktirafan dari Nabi S.A.W.
- Al-Quran menjanjikan kebaikan bagi pembaca dan pengajarnya.
Ganjaran di akhirat
Di samping itu, terdapat ganjaran di akhirat nanti bagi penghafaz al-Qur'an yang tiada tolok bandingnya, di antaranya adalah :
- Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
- Penghafaz al-Quran akan mendapat syafa'at (pembantu) di akhirat.
- Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesungguhnya tidak rugi bagi mereka yang menghafaz al-Qur'an, kerana bagi setiap usaha yang digembleng untuk menghafaz ayat-ayat Qur'an itu terdapat pahala besar yang dikurniakan oleh Allah Taala tanpa kita sedari.
-sumber disunting dari blog http://www.imranshamsir.com/al-quran/kelebihan-menghafaz-al-quran/