PAGES

Monday, April 30, 2012

Khidmat Masyarakat





Alhamdulillah, beberapa orang pelajar telah berjaya menghadirkan diri dalam aktiviti program bersama Masyarakat PDRM dengan menghadiri Majlis Solat Hajat  , Bacaan yasin, Tahlil dan Doa Selamat di Surau Perumahan PDRM Kampung Raja  Besut. Majlis ini dinajurkan oleh Bahagian Agama dan kaunseling IPD Besut.

Sebelum ini juga beberapa orang pelajar telah dipilih untuk membacakan al-quran 30 juzuk dan doa selamat ke rumah kakitangan.

Semoga para huffaz dan pelajar di sini dapt terus mencurahkan bakti mereka ke kawasan masyarakat sekitar MRSM UA ini.

Sunday, April 29, 2012

Tahniah. Amirul Syakirin. Tamat menghafal 30 Juzuk

Amirul sedang diraikan semasa tasmi'nya juzuk yang terakhir bersama rakan sekelas dan Ustaz Tasmi'nya ; Ustaz Azizi.

Adik Amirul mengambil masa paling cepat untuk menghafal setakat ini, iaitu 1 tahun 3 bulan 10 hari. Menurutnya, beliau menghafal setiap sebanyak 5-13 mukasurat, mukasurat yang baru dan murajaah sabak serta manzil. beliau hanya mengambil masa antara 5-10 minit untuk menghafal 1 muka surat baru dan 3 hari untuk mengulang hafazan sebanyak 1 juzuk.

Sebelum mengikuti program hafazan di MRSM Ulul Albab beliau hanya menghafaz surah Assajadah dan Surah Al-Insaan. Inspirasi dan semangat untuk menghafal datangnya dari Datuknya yang merupakan lulusan Maahad qiraat shoubra, Mesir.

Cara beliau menghafal ialah dengan menghafaz menggunkan tafsir al-quran iaitu mengingati makna-makna dalam ayat dan memadankannya dengan bacaan dalam al-quran.

Semasa sessi tasmi' selepas tasmi' satu-satu mukasurat, beliau akan sibuk menghafal dan memahami tafsir ayat. Ini amat membantu untuk mengingat dan menghafaz ayat tersebut.

Pencapaian akademik beliau juga amat membanggakan . Beliau telah memperolehi TPNG 3.75 dalam keputusan peperiksaan semester lepas.

Perkhemahan Perdana 2012



















Pelajar yang terlibat , tingkatan 3 dan 5.