PAGES

Sunday, September 30, 2012

JEMPUTAN KE MAJLIS GRADUASI 2012



JEMPUTAN KE  MAJLIS GRADUASI MRSM KOTA PUTRA 2012


Dengan hormat takzimnya dimaklumkan, MRSM Kota Putra akan mengadakan Majlis Graduasi kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5. Majlis Graduasi ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka di maktab ini.

2.         Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir untuk bersama-sama meraikan majlis di atas sebagaimana keterangan berikut :   

            Tarikh              :           24 Oktober 2012 (Rabu)
            Masa               :           09.00 pagi
            Tempat            :           Dewan Ulul Albab, MRSM Kota Putra
            Aturcara          :           Seperti lampiran

3.         Bersama-sama surat ini disertakan borang pengesahan kehadiran tuan/puan ke Majlis Graduasi 2012. Sila kembalikan borang pengesahan kehadiran tuan/puan kepada pihak maktab sebelum 14 Oktober 2012. Untuk makluman pihak tuan/puan pihak maktab menyediakan 2 tempat duduk (dewasa) sahaja bagi setiap pelajar di dalam Dewan Ulul Albab semasa majlis tersebut.

4.         Pihak kami ingin memohon sumbangan ikhlas daripada tuan/puan bagi menampung sebahagian kos bagi majlis tersebut. Sumbangan tuan/puan boleh disalurkan secara tunai melalui anak tuan/puan. Jasa baik daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

            Semoga dengan kehadiran  tuan/puan  akan memeriahkan lagi majlis ini. Kerjasama daripada pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.  


Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
“1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”




ABDULLAH BIN ABDUL RAHMAN
Pengetua,
Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra,
Besut,Terengganu.

 ___________________________________________________________________


 Aturcara Majlis:

9.00 pagi           - Para jemputan dan ibubapa mengambil tempat
                        - Perarakan masuk para graduan
                        - Perarakan masuk Tetamu Jemputan Kehormat dan Ahli Senat               
- Nyanyian lagu Negaraku dan lagu MARA
                        - Bacaan Doa
- Bacaan Al- Quran
                        - Ucapan aluan oleh Pengetua MRSM Kota Putra
                        - Ucaptama oleh Tetamu Kehormat
                        - Penyampaian Anugerah Pelajar
                        - Pengisytiharan graduasi
                        - Penyampaian Sijil Graduasi Tingkatan 3
                        - Penyampaian Sijil Graduasi Tingkatan 5
                        - Penyampaian cenderamata
12.30 t/hari        - Perarakan keluar ahli senat
                        - Majlis bersurai


 

Thursday, September 27, 2012

MAKLUMAN : KEM KECEMERLANGAN AL-QURAN (KeKAQ) 2012



            Tarikh              : 30 Oktober – 6 November 2012
            Tempat            : MRSM Kota Putra & Kem Seri Keluang, Besut
            Kehadiran        : Diwajibkan untuk semua pelajar Ting. 3

MERDEKAAAAAAAA.....

Sambutan merdeka peringkat maktab dimeriahkan dengan nyayian lagu patriotik, puisidera, tayangan multimedia dan persembahan seni silat.










Jamuan Penghargaan - Krew kereta berhias

Alhamdulillah dengan budget yang kecil dan masa yang singkat , MRSM K Putra berjaya meraih hadiah saguhati ( sepuluh terbaik) dari kalangan lebih 40 kereta berhias. Hadiah penghargaan tersebut telah digunakan untuk meraikan penat lelah pelajar guru dan staff yang telibat. Bak kata pengetua  membuat kereta berhias adalah peluang kepada guru dan pelajar untuk meningkatkan kerjasama dan ukhuwwah...





Perarakan Kereta Berhias MERDEKARAYA

Perarakan Merdeka Raya 2012  Peringkat daerah Besut dilangsungkan di Pantai Air Tawar Besut pada 8 September yang lalu. 



Rekaan Kereta Berhias Sempena MerdekaRaya

Tahniah. Dengan kreativi dan kerja keras , kereta berhias dapat disiapkan sendiri oleh pelajar, guru dan staff dalam masa 4 hari sahaja. 



Tuesday, September 11, 2012

Kem Minda Cemerlang 2012

Tarikh :  7-8 September 2012
Tempat Sweet Beach Camp, Tok Bali,  Kelantan.





Saturday, September 8, 2012

Makluman awal : Majlis Pohon Restu SPM dan PMR

Tarikh :  27 hb September 2012

Hari : Khamis

Masa : Selepas solat Zohor

Atucara :


12.00 tgh               :           Para tetamu dan pelajar mengambil tempat
1.15 ptg                 :           Solat Zuhur, Solat Sunat Hajat, Bacaan Yasin serta Doa Selamat.
                              :           Ucapan Aluan Pengerusi majlis
                              :           Ucapan wakil pelajar
                              :           Ucapan wakil Ibubapa
                              :           Ucapan Pengetua
                              :           Ucapan Pengerusi MUAFAKAT
                              :           Penyampaian hadiah dan cenderahati.
                              :           Berselawat dan pohon restu
3.30 ptg                 :           Jamuan minum petang dan bersurai


SEMUA IBUBAPA DAN GURU -GURU DIJEMPUT HADIR

Sunday, September 2, 2012

Pecutan Terakhir Kem PMR 2012

Pelajar telah dibawa ke Kem Damai Di Lata Belatan untuk mengikuti kem PMR buat kali terakhir sebelum menghadapi PMR pada 11.9 nanti 








Sambutan HAri raya 2012

Sambutan hari raya pada kali ini di adakan disekeliling Dewan Ulul Albab. Guru , staff dan pelajar di minta untuk menyediakan juadah tertentu mengikut jabatan dan tingkatan.

Majlis turut diserikan dengan Alunan sajak, puisi , nasyid dan lagu selamat hari raya oleh guru-guru dan pelajar.