PAGES

Wednesday, December 19, 2012

Result PMR, ke 21 seluruh MRSM, Ke 2 negeri Terengganu ?

http://www.mrsmkputra.edu.my/

dan analisa di sini

https://docs.google.com/open?id=0B6pPivfTUqIDbk54V1phT0RVaWc

walaupun di kalangan sesama MRSM kita mendapat tempat ke 21 , tetapi bedasarkan GPS 1.09
MRSM Kopu mendapat tempat ke dua selepas  SM Sains Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Di kalangan SMKA yang mengambil B.Arab seperti MRSM Kopu , MRSM ini masih mengungguli jauh ke hadapan

bandingan dengan sekolah lain di Terengganu

http://nurayunijaksa.blogspot.com/2012/12/ranking-terengganu-pmr-2012.html

Jadual 8: Sekolah Berpencapaian Tinggi (GPS 1.00 – 1.80)

BIL NAMA SEKOLAH DAERAH GRED PURATA SEKOLAH

1 SM Sains Sultan Mahmud Kuala Terengganu 1.03
2 SMK Mak Lagam Kemaman 1.10
3 SM Sains Dungun Dungun 1.11
4 SM Sains Hulu Terengganu Hulu Terengganu 1.13
5 SM Imtiaz Kuala Berang Hulu Terengganu 1.14
6 SM Imtiaz Kuala Terengganu Kuala Terengganu 1.16
7 SMK Lembah Bidong Setiu 1.18
8 SM Imtiaz Besut Besut 1.18
9 SMK Chukai Kemaman 1.19
10 SMKA Sheikh Abdul Malek Kuala Terengganu 1.19
11 SM Imtiaz Dungun Dungun 1.19
12 SMK Tengku Mahmud Besut 1.21
13 SMA(A) Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu 1.24
14 SBP Integrasi Batu Rakit Kuala Terengganu 1.25
15 SMKA Nurul Ittifaq Besut 1.36
16 SMKA Durian Guling Marang 1.37
17 SMK Tengku Ampuan Intan Hulu Terengganu 1.39
18 SMK Sultan Sulaiman Kuala Terengganu 1.39
19 SMKA Tok Jiring Kuala Terengganu 1.40
20 SMK Tengku Intan Zaharah Dungun 1.47
21 SMK Pelong Setiu 1.47
22 SMKA Wataniah Besut 1.47
23 SMKA Kuala Abang Dungun 1.52
24 SMK Dato Razali Ismail Kuala Terengganu 1.55
25 SMA Khairiah Kuala Terengganu 1.59  ------------------->
26 SMK Rantau Petronas Kemaman 1.63
27 SMA Sultan Zainal Abidin Ladang Kuala Terengganu 1.73

Sunday, December 16, 2012

Terima kasih .. kepada semua AJK temuduga ambilan 2013



Video ini sebagai tambahan kepada video tahun 2010 yang diterbitkan dalam blog ini... ia sebagai rujukan untuk temuduga tahun - tahun akan datang..

Jutaan terimakasih diucapkan kepada semua AJK guru , kakitangan dan pelajar yang terlibat menjayakan temuduga pada kali ini.

Juga kepada ibubapa/penjaga yang dapat memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses temuduga berlangsung.

Semoga anak-anak anda berjaya menjadi warga  MRSM ini....

Thursday, December 6, 2012

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 2/ 3 4 DAN 5

Tarikh pendaftaran bagi pelajar sedia ada : tingkatan 2,3,4, dan 5 adalah pada 1 Januari 2013. Selasa. Walaubagaimanapun pelajar dibenarkan datang ke maktab pada 31 Disember 2012 kerana pengumuman awal sebelum ini.

Sunday, October 28, 2012

Makluman : Kem Quran Ting 4


            Tarikh              : 8 November – 12 November 2012
            Tempat            : MRSM Kota Putra
            Kehadiran        : Diwajibkan semua pelajar Ting. 4 yang tidak khatam 30 juzuk

Sunday, September 30, 2012

JEMPUTAN KE MAJLIS GRADUASI 2012



JEMPUTAN KE  MAJLIS GRADUASI MRSM KOTA PUTRA 2012


Dengan hormat takzimnya dimaklumkan, MRSM Kota Putra akan mengadakan Majlis Graduasi kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5. Majlis Graduasi ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka di maktab ini.

2.         Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir untuk bersama-sama meraikan majlis di atas sebagaimana keterangan berikut :   

            Tarikh              :           24 Oktober 2012 (Rabu)
            Masa               :           09.00 pagi
            Tempat            :           Dewan Ulul Albab, MRSM Kota Putra
            Aturcara          :           Seperti lampiran

3.         Bersama-sama surat ini disertakan borang pengesahan kehadiran tuan/puan ke Majlis Graduasi 2012. Sila kembalikan borang pengesahan kehadiran tuan/puan kepada pihak maktab sebelum 14 Oktober 2012. Untuk makluman pihak tuan/puan pihak maktab menyediakan 2 tempat duduk (dewasa) sahaja bagi setiap pelajar di dalam Dewan Ulul Albab semasa majlis tersebut.

4.         Pihak kami ingin memohon sumbangan ikhlas daripada tuan/puan bagi menampung sebahagian kos bagi majlis tersebut. Sumbangan tuan/puan boleh disalurkan secara tunai melalui anak tuan/puan. Jasa baik daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

            Semoga dengan kehadiran  tuan/puan  akan memeriahkan lagi majlis ini. Kerjasama daripada pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.  


Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
“1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”




ABDULLAH BIN ABDUL RAHMAN
Pengetua,
Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra,
Besut,Terengganu.

 ___________________________________________________________________


 Aturcara Majlis:

9.00 pagi           - Para jemputan dan ibubapa mengambil tempat
                        - Perarakan masuk para graduan
                        - Perarakan masuk Tetamu Jemputan Kehormat dan Ahli Senat               
- Nyanyian lagu Negaraku dan lagu MARA
                        - Bacaan Doa
- Bacaan Al- Quran
                        - Ucapan aluan oleh Pengetua MRSM Kota Putra
                        - Ucaptama oleh Tetamu Kehormat
                        - Penyampaian Anugerah Pelajar
                        - Pengisytiharan graduasi
                        - Penyampaian Sijil Graduasi Tingkatan 3
                        - Penyampaian Sijil Graduasi Tingkatan 5
                        - Penyampaian cenderamata
12.30 t/hari        - Perarakan keluar ahli senat
                        - Majlis bersurai


 

Thursday, September 27, 2012

MAKLUMAN : KEM KECEMERLANGAN AL-QURAN (KeKAQ) 2012



            Tarikh              : 30 Oktober – 6 November 2012
            Tempat            : MRSM Kota Putra & Kem Seri Keluang, Besut
            Kehadiran        : Diwajibkan untuk semua pelajar Ting. 3

MERDEKAAAAAAAA.....

Sambutan merdeka peringkat maktab dimeriahkan dengan nyayian lagu patriotik, puisidera, tayangan multimedia dan persembahan seni silat.










Jamuan Penghargaan - Krew kereta berhias

Alhamdulillah dengan budget yang kecil dan masa yang singkat , MRSM K Putra berjaya meraih hadiah saguhati ( sepuluh terbaik) dari kalangan lebih 40 kereta berhias. Hadiah penghargaan tersebut telah digunakan untuk meraikan penat lelah pelajar guru dan staff yang telibat. Bak kata pengetua  membuat kereta berhias adalah peluang kepada guru dan pelajar untuk meningkatkan kerjasama dan ukhuwwah...





Perarakan Kereta Berhias MERDEKARAYA

Perarakan Merdeka Raya 2012  Peringkat daerah Besut dilangsungkan di Pantai Air Tawar Besut pada 8 September yang lalu. 



Rekaan Kereta Berhias Sempena MerdekaRaya

Tahniah. Dengan kreativi dan kerja keras , kereta berhias dapat disiapkan sendiri oleh pelajar, guru dan staff dalam masa 4 hari sahaja. 



Tuesday, September 11, 2012

Kem Minda Cemerlang 2012

Tarikh :  7-8 September 2012
Tempat Sweet Beach Camp, Tok Bali,  Kelantan.





Saturday, September 8, 2012

Makluman awal : Majlis Pohon Restu SPM dan PMR

Tarikh :  27 hb September 2012

Hari : Khamis

Masa : Selepas solat Zohor

Atucara :


12.00 tgh               :           Para tetamu dan pelajar mengambil tempat
1.15 ptg                 :           Solat Zuhur, Solat Sunat Hajat, Bacaan Yasin serta Doa Selamat.
                              :           Ucapan Aluan Pengerusi majlis
                              :           Ucapan wakil pelajar
                              :           Ucapan wakil Ibubapa
                              :           Ucapan Pengetua
                              :           Ucapan Pengerusi MUAFAKAT
                              :           Penyampaian hadiah dan cenderahati.
                              :           Berselawat dan pohon restu
3.30 ptg                 :           Jamuan minum petang dan bersurai


SEMUA IBUBAPA DAN GURU -GURU DIJEMPUT HADIR

Sunday, September 2, 2012

Pecutan Terakhir Kem PMR 2012

Pelajar telah dibawa ke Kem Damai Di Lata Belatan untuk mengikuti kem PMR buat kali terakhir sebelum menghadapi PMR pada 11.9 nanti