PAGES

Wednesday, February 20, 2013

Program KIKs

 ( kemahiran Insaniah , Kumunikasi dan Akademik ) 

-Kemahiran SRS (Science Research Skills)
-Kemahiran ECS2 (English Communication Skills Part 2)
-Kemahiran Subjek
-Kemahiran Insaniah
-Kemahiran Akademik
-Hafazan Al-Quran



Pendaftaran Ko Kurikulum





AKTIVITI KOKURIKULUM

Aktiviti Kokurikulum diwujudkan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengembangkan minat pelajar, memberi kemahiran-kemahiran baru kepada pelajar dengan membincangkan aspek-aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari. Ia juga satu media untuk mencungkil bakat kepimpinan, keusahawanan dan kreativiti pelajar.
Aktiviti kokurikulum mesti berupaya merangsang minda untuk mereka berusaha berterusan, berdaya juang untuk menghadapi rintangan dan membina kejayaan tanpa syarat.

Aktiviti/Gerak Kerja Kokurikulum dibahagikan kepada 4 jenis iaitu:-

1. Aktiviti Badan Berpakaian Seragam
2. Aktiviti Persatuan/Kelab Kemahiran
3. Aktiviti Sukan dan Permainan
4. Aktiviti Kem Cuti

1. Aktiviti Badan Berpakaian Seragam

Aktiviti Badan Berpakaian Seragam berupaya membentuk pelajar-pelajar supaya berdisiplin, cergas dan mendapat latihan-latihan yang khusus untuk berkhidmat secara sukarela kepada masyarakat. Semua pelajar MRSM diwajibkan mengambil bahagian dalam satu badan berpakaian seragam.


Di MRSM Kota Putra Badan Berpakaian Seragam yang mendapat tempat ialah:
1.1 Pengakap
1.2 St. John Ambulans
1.3 Ranjer Puteri
1.4 Pergerakan Puteri Islam
1.5 Kadet Bomba

2. Aktiviti Persatuan/Kelab Kemahiran

Penubuhan Persatuan dan Kelab merupakan tanggungjawab setiap Jabatan Akademik dan terbuka kepada guru-guru yang mempunyai kemahiran atau minat mengendalikan aktiviti kelab tersebut.

Penyertaan Pelajar

Setiap pelajar dibenarkan mendaftar sebagai ahli bagi satu kelab atau persatuan untuk satu tahun sesi akademik. Kelab dan Persatuan yang terdapat di MRSM sebagaimana berikut:-
2.1 Fotografi dan Kewartawanan
2.2 Astronomi
2.3 Alam Sekitar
2.4 Sejarah
2.5 Harmonika
2.6 Bahasa dan Budaya
2.7 English Language & Art Club
2.8 Matematik
2.9 ICT
2.10 Agama
2.11 Khat
2.12 Remaja Ulul Albab
2.13 Aqsa Asyarif
2.14 Kembara
2.15 Fotografi
2.16 Majalah Maktab

2.11 Badan Kepimpinan Pelajar
- Badan Wakil Pelajar
- Lembaga Disiplin Pelajar
- Ahli Lembaga Pengarah Koperasi
- Ahli Pusat Sumber Pembelajaran
- Pembimbing Rakan Sebaya

3. Aktiviti-aktiviti Sukan dan Permainan

Kecerdasan dan Kesihatan Jasmani akan memelihara dan membolehkan pelajar menjadi sihat, cerdas dan produktif. Diharap melalui sukan dan permainan, bakat pelajar dapat ditonjolkan dan dikembangkan sehingga ke taraf dunia. Contohnya seperti badminton, bowling, tenis, golf, tinju, bola sepak, squash, krikit, dan lain-lain yang telah mencapai tahap profesional.

Jenis-jenis Sukan dan Permainan yang terdapat di MRSM Kota Putra ialah:-
3.1 Bola Sepak
3.2 Bola Tampar
3.3 Bola Jaring
3.4 Tae Kwan Do
3.5 Tenis
3.6 Catur
3.7 Memanah
3.8 Olahraga

4. Aktiviti Kem Cuti

Peluang-peluang untuk pelajar mengembangkan lagi minat mereka dalam bidang-bidang tertentu diwujudkan semasa cuti semester dengan kadar bayaran yang minimum. Kem cuti ini lazimnya dianjurkan mengikut zon di mana sebuah maktab dipilih sebagai tuan rumah untuk mengendalikan program-program kem cuti yang tertentu

Wednesday, February 13, 2013

Pendaftaran Tingkatan 1 Ambilan ke 2 dan pendaftaran Ting. 4


Seramai 26 dari 41 orang pelajar tingkatan 1  telah mendaftar pada hari ini untuk menyertai pelajar tingkatan 1 yang sedia ada seramai 140 orang menjadikan jumlah mereka setakat ini 166 orang.

Hari ini juga pelajar tingkatan 4 didaftarkan secara rasmi pada tarikh yang sama dengan rakan2 mereka di seluruh MRSM yang lain.


Lagi gambar pendaftaran

https://plus.google.com/photos/114676506312627244417/albums/5844442977305838129?authkey=CKCWnfnOyqC1iAE

Kelebihan Menghadiri Majlis Khatam Al-Quran




1.       Majlis yang sangat dituntut.
2.       Sahabat selalu mengadakan majlis khatam
3.       Rasullullah SAW bersabda “sesiapa menghadiri/ menyaksikan majlis khtam al-Quran seumpama menghadiri pembahagian ghanimah ( harta rampasan perang). Manfaatnya sama seperti orang yang membacanya.
4.       Ada doa mustajab dalam majlis khatam
5.       60 ribu malaikat Allah datang mengaminkan doa di majlis khatam.
6.       Ibnu Abbas sentiasa mengutuskan khadamnya untuk mencari orang yang khatam al-Quran dan dia akan pergi menghadirinya.

Kelab Remote Control

ditubuhkan sejak tahun lepas bertujuan untuk menambahkan minat pelajar dalam aviation dan aktiviti remote control. terdapat mainan kapalterbang, jet dan kereta remote yang disediakan dalam kelab ini. dengan tunjuk ajar dari pakar-pakar remote control dari luar, pelajar UA berpeluang untuk mengikuti aktiviti yang amat  menyeronokkan ini. Kepada ibubapa yang berkemampuan bolehlah taja mana -mana kenderaan remote kepada pelajar atau anak sendiri yang berminat menyertai kelab ini.


Agambar-gambar Kelab RC .. sila klik di sini

Friday, February 8, 2013

Majlis Khatam hafazan 30 juzuk


seramai 124 orang pelajar telah diraikan dalam majlis khatam perdana kali ke 2 pada kali ini. majlis sepatutnya dirasmikan oleh Dato Seri Idris Jusoh telah digantikan dengan Timb. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu Ustaz Musa. Walaubagaimanapun Dato'Seri sempat berkunjung pada permulaan majlis dan sempat beramah mesra dengan pelajar-pelajar yang khatam tersebut.

Jumlah pelajar yang diraikan :

Tingkatan
Lelaki
Perempuan
Jumlah
3
3
8
11
4
22
28
50
5
20
43
63

45
79
124



Acara :
8.00 PAGI         : PARA PELAJAR MENGAMBIL TEMPAT
                          KEHADIRAN PARA JEMPUTAN,
                         GURU-GURU DAN IBU BAPA

9.00 PAGI         : KEHADIRAN DIF-DIF KEHORMAT
                          DAN VIP

  9.15 PAGI  : BACAAN ASMAUL HUSNA

  9.30 PAGI  : MAJLIS KHATAM HAFAZAN AL-QURAN
          BERMULA       
          BACAAN DOA 

  10.15 PAGI  : UCAPAN ALUAN TUAN PENGETUA
        MRSM KOTA PUTRA ULUL ALBAB IGCSE

  10.30 PAGI  : UCAPAN DATO’ HAJI RAZALI BIN SALEH
          
PESURUHJAYA/CEO MAIDAM
        JABATAN HAL EHWAL AGAMA
        TERENGGANU

  11.00 PAGI  : PENYAMPAIAN SIJIL, HADIAH DAN
        BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN

  11.30 PAGI  : JAMUAN MAKAN DAN BERSURAI























gambar-gambar yang lain akan diupdatae ke PICASA

Wednesday, February 6, 2013

Pelancaran Gemilang PMR SPM 2013

Acara :

1. Ucaptama dari Bekas Pelajar terbaik SPM 2005 ( Exco Pendidikan BWP Sesi 2004-2005) en.Abdul rahim Bin Abdul Ghani. Jurutera METOCEAN Petronas.

2. Ikrar Pelajar

3. Nyayian lagu gemilang

4. Pemakaian batch Straight A's

5. Pelancaran bunting Kelas






klik di sini untuk :

GAMBAR - GAMBAR SEKITAR PELANCARAN