PAGES

Monday, March 25, 2013

Kem Kecemerlangan Quran Tingkatan 5 MRSM Kota Putra

Kem diadakan selama 5 hari bermula 21-26 Mac 2013 bertujuan untuk meningkatkan tahap hafazan pelajar. Alhamdulillah ada yang dapat khatam 1 juzuk dalam masa 5 hari ini berkat kesungguhan mereka menghafal. 

















Sunday, March 17, 2013

Khidmat Masyarakat MRSM UA

Sebagai satu bentuk khidmat kepada masyarakat, pelajar-pelajar UA turut sama menuanaikan solat jenazah ke kampung berdekatan sebagai menunaikan satu tuntutan fardu kifayah. Semoga dengan ini pelajar dapat terus menyumbang bakti mereka ...
















Se

TAHNIAH ; Pasukan Taekwando MRSm Kota putra :JUARA Keseluruhan


JOHAN : KEJOHANAN TAEKWANDO MRSM SE-Malaysia

 Alhamdulillah...pasukan taekwondo selamat tiba di maktab dengan membawa pulang

 3 emas(luqmanulhakeem, shahir munaqib, ungku haiqal),
2 perak (zain zaidiel, hanim aishah),
2 gangsa (amin asyraf,amirah zaharudin) dan
2 saguhati (farah nabilah, nursyamimi).

Berkat doa dan semangat rakan2 guru dan pelajar, kita menjadi JOHAN KESELURUHAN BG KEJOHANAN KALI INI. — at MRSM PDRM Kulim.

laporan oleh :Izzat Noor Adillah GURU MRSM KOTA PUTRA




Saturday, March 16, 2013

PERKHEMAHAN KADET PERTAHANAN AWAM (KAPA) PERINGKAT DAERAH BESUT 2013 MRSM KOTA PUTRA






Pada 13 mac sehingga 16 mac yang lepas,badan beruniform Kadet Pertahanan Awam MRSM Kota Putra telah menyertai perkhemahan kadet pertahanan awam peringkat daerah Besut 2013.
Perkhemahan tersebut telah diadakan diperkarangan pusat ko-kurikulum Alor Lintang.

Seramai 40 orang lelaki dan perempuan telah menyertai perkhemahan ini yang telah dikendalikan oleh Pejabat Pendidikan Dareah Besut dan Pejabat Daerah Pertahanan Awam.Perkhemahan tersebut telah disertai oleh 14 buah sekolah sekitar daerah Besut dengan penyertaan seramai 455 orang peserta dan dibantu oleh 124 anggota sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia.

Perlbagai aktiviti telah diadakan sepanjang empat hari tiga malam perkhemahan tersebut.Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan berbentuk kemahiran seperti kawad kaki,pertandingan melawan kebakaran,pertandingan pertolongan cemas,pertandingan menyelamat,pertandingan khemah tercantik dan pertandingan malam kebudayaan saya anak Malaysia.Disamping itu,aktiviti integrasi seperti rempuh halangan,oreentering,survival ikhtiar hidup dan dinamika games telah dilaksanakan oleh jurulatih pusat ko-kurikulum dengan tujuan untuk memupuk kerjasama dikalangan pelajar daerah Besut.Ahli jawatankuasa teknikal perkhemahan dan guru penasihat kadet turut terlibat dengan aktiviti perkhemahan seperti kursus kompas,survival dan amali protokol pegawai Pertahanan Awam Malaysia.

Acara penutupan Perkhemahan Kadet pertahanan Awam Daerah Besut 2013 ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Nawi B Mohamad Adun Hulu Besut dengan Timbalan Pengarah Pertahanan Awam Negeri Terengganu.Majlis penyampaian hadiah dan sijil juga telah disempurnakan oleh Yang Berhormat.

Penutup

Sesungguhnya aktiviti perkhemahan Kadet Pertahanan Awam Daerah Besut 2013 ini telah memberikan banyak manfaat dan pengalaman berguna kepada semua peserta.Perkhemahan ini dapat melahirkan anggota KAPA daerah Besut yang mempunyai kebolehan,kemahiran dan keterampilan diri yang tinggi.

Laporan oleh : Ustaz Azizi 

Monday, March 11, 2013

Multaqa PMR&SPM 2013 MRSM KOTA PUTRA

Tarikh :    31 Mac 2013 ( Ahad )

Aturcara :

9.00 pagi      - Pendaftaran
9.30 pagi      - Taklimat
10.30 pagi    - Minum pagi
10.45 pagi    - Sesi dailog Ibubapa dan guru
12.00 pagi    - Majlis Bersurai

Semua ibubapa tingkatan 3 dan 5 dijemput hadir.

Pelajar ting3 dan 5 yang datang bersama keluarga dibenarkan pulang ke maktab pada Ahad 31 hb Mac 2013. Pelajar yang pulang sendiri dimestikan hadir pada hari Sabtu ; 30hb Mac sebelum pukul 6.00 petang

Friday, March 8, 2013

Selamat Berpisah : Majlis Perpisahan Pengetua MRSM Kota Putra

Salam pepeisahan buat pengetua MRSM Kota Putra yang telah bertukar ke jawatan yang baru Pengarah, kolej Antarabangsa MARa Ketengah. Diharap dapat terus memimpin dan memberi nasihat kepada MRSM UA kerana beliau adalah pengetua perintis melksanakan sistem UA dan IGCSE di Kota Putra ini. Keberanian dan minat beliau terhadap sistem dan perkara baru memungkinkan semua pelajar berada di MRSM UA sekarang. Sayonara , fi aunillah wa yahfizukallah.










gambar - gambar selanjutnya di sini :

https://plus.google.com/photos/114676506312627244417/albums/5852998586295887105