PAGES

Saturday, April 20, 2013

Makluman : Kem Cuti Gemilang PMR & SPM 23 Mei - 27 Mei 2013

bermula khamis 23 Mei dan selesai pada 4.30 petang 27 Mei. semua pelajar tingkatan 3 dan 5 diwajibkan hadir.

Program gemilang hafazan akan diadakan pada waktu malam sepanjang kem cuti untuk meningkatkan tahap hafazan pelajar.


Friday, April 19, 2013

Cuti Sempena Pilihanraya. 1-6mei

Tarikh : 1 hingga 6 mei 2013

pelajar dibenarkan pulang pada 30 April 2013 selepas jam 2.00 petang dan pulang semula ke maktab pada 6hb (isnin) sebelum jam 6.00 petang. Selamat Mengundi kepada guru-guru dan staff.

Monday, April 15, 2013

Sambutan Hari Bumi 2013

acara-acara :

1. Gotomg royong bersih pantai, kawasan perkhemahan, seluruh kawasan maktab, kolam ikan.
2. Tanam pokok di putra beach camp
3. ceramah hari bumi oleh pengawai dari jabatan alam sekitar.








gambar seterusnya


Wednesday, April 3, 2013

DANA ULUL ALBAB DENGAN SASARAN 100 RIBU.

Berdasarkan perbincangan dalam majlis MULTAQA PMR SPM  pada 31hb Mac yang lalu, pelancaran Tabung Dana Ulul Albab dilakukan semula dengan sasaran baharu RM100,000.00 . Tujuan utama dana ini adalah untuk memastikan pelajar mendapat kemudahan dan keselesaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan hafazan mereka.

Antara projek yang akan disegerakan menggunakan dana ini ialah :

1. Pembesaran surau
2. Tambahan penghawa dingin
3. Penambahbaikkan tandas surau dan tempat wuduk
4. Penambahbaikkan keceriaan surau.
5. Insentif hafazan kepada pelajar.

Ibubapa/Penjaga amat dialu-alukan untuk  menyumbang melalui :

Bank Islam Cawangan Jertih
No. Akaun : 13035010060364

Sebarang pertanyaan sila kemukakan kepada Penegetua MRSM  Kota Putra Ulul Albab.

KHIDMAT MASYARAKAT - Bersama AJK Masjid kampung Limbongan.


Jabatan Pendidikan Islam telah bekerjasama dengan JawatanKuasa Khidmat Masyarakat MRSM Kota Putra bagi melaksanakan program khidmat masyarakat remaja Ulul Albab di masjid Kampung Limbongan Besut.
Program tersebut dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah.Selesai solat, program diteruskan dengan forum  remaja Ulul Albab yang berkaitan dengan hafazan dan taranum.Bacaan hafazan Al-quran dimulakan oleh saudara Mohamad syafiq b Mohd Adabi dan Mohammad Sirhan b Mohd Sani pelajar tingkatan 4.Selepas itu, bacaan Al-quran secara bertaranum yang disampaikan oleh Thaqif Adib b Md Azahar pelajar tingkatan 1.
Program diteruskan dengan forum remaja ulul albab yang disampaikan oleh ketiga-tiga pelajar tersebut. Antara isi yang disampaikan oleh pelajar-pelajar tersebut berkaitan dengan rutin harian mereka sebagai pelajar ulul albab di MRSM Kota Putra, cabaran sebagai seorang yang menghafal AL-quran 30 juzuk disamping program-program yang berkaitan dengan kurikulum dam ko-kurikulum MRSM. Ahli panel juga menyatakan harapan dan impian mereka dimasa akan datang
Program tersebut dihadiri oleh jemaah sekitar kawasan Masjid Kampung Limbongan mendapat sambutan yang menggalakkan. Ini dibuktikan dengan harapan dari imam masjid tersebut agar program seumpama ini dapat diteruskan dan mendapat kerjasama dari pihak Pejabat Pendidikan Daerah Besut

Dilaporkan oleh
(UST MUHAMMAD AZIZI B ABDULLAH)
PENYELARAS KHIDMAT MASYARAKAT