Monday, April 13, 2009

PERJUMPAAN IBUBAPA DAN GURU

Pertemuan 1 antara guru-guru dan ibubapa akan diadakan seperti berikut:
Tarikh 18hb April 2008 ( Sabtu)
Masa : 9.00 pg
Tempat : Bilik Ilham.
Antara agenda adalah:
  1. Pembentangan kemajuan pelajar setakad 15hb april 2008
  2. Hadiah galakan pelajar kerana berjaya mencapai sasaran hafazan
  3. Laporan aktiviti pelajar.
  4. Cadangan penubuhan tabung aktiviti UA.

Semua ibubapa adalah dijemput.

Terima Kasih.

3 comments:

Hj Yasim Mohamed said...

1. Terima kasih dan tahniah kepada Tuan Pengetua, Pn Hajjah Junidah serta Guru-guru UA kerana telah berjaya mengadakan pertemuan dan perjumpaan dengan Ibubapa kali 1.

2. Kegigihan guru-guru dapat dilihat semasa sesi pendaftaran(menyambut kedatangan ibubapa), waktu minum pagi dan sesi perjumpaan dengan ibu bapa melalui perbincangan tentang kemajuan pelajar-pelajar.

3. Banyak maklumat tentang aktiviti pelajar dapat diikuti dan difahami oleh ibubapa. "The degree of Sense of Belonging" to MRSM Ulul Albab kian meningkat di kalangan ibu bapa.

4. Laporan Prestasi pelajar sangat memberangsangkan. Terima kasih banyak-banyak kepada semua guru-guru tasmiq dan semua guru yang terlibat di atas dedikasi dan komitmen yang diberi yang membolehkan laporan kemajuan pelajar ini dapat dikongsi bersama dengan ibu bapa.

5. "Hadiah Galakan Pelajar" yang diperkenalkan adalah suatu idea yang sangat baik. Terima kasih di atas keperihatinan Pihak Pengurusan MRSM dalam memberi galakan yang berterusan kepada semua pelajar UA.

6. Tindakan yang cepat oleh pihak pengurusan MRSM membaik pulih pintu bilik air di asrama pelajar lelaki sangat dihargai dan terima kasih.

7. Sangat setuju dengan cadangan penubuhan Tabung Insentif/Aktiviti UA. Bagaimanakah caranya ibubapa dapat memberi sumbangan?

Anonymous said...

Tahniah di atas penganjuran Program Multaqa' Hadhari yang pertama. Program yang sangat baik.
Banyak munafaat yang diperoleh dari program tersebut. Perlu dibuat pembaikian untuk program kedua nanti.
1. Lampirkan tahap kemajuan pelajar perlu diberi kepada ibubapa.
2. Tempat perjumpaan ibubapa dengan ustaz perlulah dibuat dibilik yang lebih luas dan tersusu.

Abdur Rahman said...

Mohon pihak yang berkenaan jawab / respons kepada semua soalan / komen yang dikemukakan di blog ini. Terima kasih.