Monday, May 24, 2010

PROGRAM USRAH TINGKATAN 3,4 DAN 5


Program Usrah telah berjalan sejak 2 bulan yang lalu melibatkan pelajar - pelajar tingkatan...






Program Usrah telah berjalan sejak 2 bulan yang lalu melibatkan pelajar - pelajar tingkatan...
tingkatan 3, 4 dan 5 .Ianya diadakan  pada setiap hari Sabtu bermula jam 7.45 pagi hingga 9.00 pagi. Pelajar-pelajar yang bersedia dengan pakaian prep pagi Sabtu akan berkumpul dan menunaikan solat Dhuha 4 rakaat diikuti dengan solat Hajat 2 rakaat. Pelajar kemudiannya mula menghafaz surah - surah pilihan. Setakat ini mereka telah menghafaz surah Assajadah. Mulai minggu ini mereka menghafal surah Yasin ayat 1-15. Minggu berikutnya mereka akan menghabiskan surah Yasin.

Satu tajuk akan diberikan oleh guru untuk mereka bincangkan dalam usrah seterusnya dibentangkan pada akhir sesi usrah . Tajuk pada minggu ini adalah CARA-CARA MEMPERKASA REMAJA MUSLIM.

4 comments:

D' Simpang said...

Tahniah kepada semua yang terlibat menjalankan program usrah ting 3,4,5.Satu anjakan yang baik mudah-mudahan berkekalan.Saya harap isu terkini remaja dalam dan luar negara turut dibincangkan.Mudah-mudahan remaja kita dapat mengutip sedikit ikhtibar.Perjalanan membentuk masyarakat masuh jauh namun ini adalah langkah permulaan yang baik.Penganjur mungkin boleh berkerjasama dengan HALUAN untuk aktiviti diluar MRSM.

Anonymous said...

Asalamualaikum.., Tahniah pada Pihak MRSM Serta GURU2 yang terlibat dalam program USRAH..,Dalam rangka untuk menjadi muslim yang diredhai ALLAH swt, Perbentukan pribadi muslim perlulah melalui proses pentarbiyahan seperti yang dilakukan oleh rasullullah SAW.dan usrah adalah salah satu cabangnya bagi membentuk peribadi muslim. Saya cadangkan program usrah ini dibuat untuk semua pelajar dari form 1 - form 5.Doa dari saya muga lahirnya insan bepribadi muslim mut'taqin di MRSM KOTA PUTRA..AMIN.
Drp..SAHABAT HALUAN..

Abuya & Ummi (Kuantan/Johor) said...

saya cadangkan agar USRAH ni diadakan pd hr Jumaat / Sabtu (setiap minggu). Waktunya adalah dr selepas solat suboh sampai pukul 8:30 pg. Keutamaan hendak lah dibagikan kpd pelajar tingkatan 1, 2 & 4. Para ustaz & ustazah diminta utk membantu para pelajar ini dr aspek pemantauan sahaja. Sebenarnya ... sebahagian dr pelajar tingkatan 1, 2 & 4 adalah mereka yg (sewaktu di sekolah rendah) terdidik utk melakukan solat Dhuha & melazimkan diri masing masing membaca Doa al Ma'thurat. Cuma mereka ini x mahu menonjolkan diri sahaja.

nik nadia izyan said...

salam.harapan if sy pulang ke kampung, ingin turut serta bagi pengisian dlm usrah.insyaAllah. semoga Allah tunjukkan jalan dan berikan peluang - ex-MRSM KOPU 05/06, UIA Gombak. =) smoga istiqamah.insyaAllah~