Wednesday, September 1, 2010

CERAMAH NUZUL QURAN



Disampaikan oleh Ustaz Sharifuddin Assafawi bin Abdul Ghani dari MRSM Kuala Terengganu,

bertempat di Surau Alfaiezin MRSM Kota Putra. Walaupun ceramah dibuat pada sebelah petang , jam 3.00 hingga 4.30 petang, namun tiada pelajar yang tidur kerana ceramahnya menarik dan lucu.

pengajaran

Allah suka 3 perkara , tetapi Allah lebih suka tiga perkara lagi
Allah benci 3 perkara , tetapi Allah lebih benci lagi kepada 3 perkara.

1. Allah suka orang yang dermawan, Allah lebih suka lagi orang fakir yang dermawan.
2. Allah suka orang yang bertaubat, Allah lebih suka lagi orang muda bertaubat.
3. Allah suka orang yang tawadduk, Allah lebih suka lagi orang kaya yang tawadduk.

1. Allah benci orang kedekut, Allah lebih benci lagi orang kaya yang kedekut.
2. Allah benci orang yang maksiat, Allah lebih benci lagi orang tua yang maksiat.
3. Allah benci orang sombong, Allah benci lagi orang mskin yang sombong.

No comments: