Saturday, April 9, 2011

Sukan dan Permainan Peringkat Zon Timur (SUPER 2011) peringkat Menengah Rendah


Alhamdulillah.. pada 30hb Mac hingga 01 April 2011.. Mrsm Kota Putra telah menghantar wakil Ulul Albab ke pesta Sukan dan Permainan ( Menengah Rendah) Zon Timur di MRSM Pasir Tumbuh, Kelantan. Sebanyak 11 MRSM telah menyertai pertandingan tersebut. MRSM Kota Putra telah memberikan persaingan yang sengit dan hebat kepada MRSM yang lain.

MRSM Kota Putra telah berjaya memenangi Emas di dalam acara Bola Tampar Lelaki. Manakala acara yang lain telah layak ke peringkat suku akhir dan separuh akhir. Dan lebih menggembirakan lagi, pasukan Bola Tampar Lelaki dan perseorangan ping pong yang diwakili oleh adik Sukiman telah terpilih untuk mewakili Zon Timur untuk ke MRSM Batu Pahat bagi pertandingan peringkat MRSM seMalaysia nanti. tahniah kepada mereka.

Ketika berada di MRSM Pasir Tumbuh juga, pelajar-pelajar Ulul Albab telah diberikan kepercayaan untuk menjadi imam ketika solat, membaca doa dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung menjadi contoh dan bukti kepada pelajar-pelajar yang lain.

Kepada yang tidak berjaya, jangan berputus asa, mari kita buktikan bahawa pelajar Ulul Albab cemerlang dan mampu dari segala sudut dan perkara.

TAHNIAH KEPADA KONTINJEN MRSM KOTA PUTRA (ULUL ALBAB)

PASUKAN BOLA TAMPAR LELAKI (EMAS & WAKIL ZON TIMUR)

ADIK SUKIMAN (WAKIL ZON TIMUR PING PONG)

























1 comment:

Anonymous said...

tahniah sukan-sukan juga,jangan lupa hafazan dan tahun ni PMR,moga berjaya dlm bidang akademik dan quranik...