Thursday, May 26, 2011

Laporan Mesyuarat Agung Muafakat

Ucapan Pengetua

- terimakasih dengan kepada yang hadir, ianya lambang kesungguhan ibubapa untuk mendapatkan pendidikan terbaik untuk anak-anak
- harap ibubapa teruskan sumbangan
- pihak maktab sedia menerima teguran , pada masa yang sama pelajar dilatih sama untuk bertanggunjawab dalam menyelesaikan masalah kehidupan di asrama.

-tahun 2010 - keputusan terbaik PMR iaitu 78.6% mendapat semua A
- target tahun ini 100% mendapat 9A.( termasuk subjek BA)

-SPM 2010 - G.P.S 1.98 melangkaui target seluruh MRSM 2.00

-Ulul Albab - 18 orang telah khatam setakat ini. Ting 3 majoriti berada pada tahap 15-18 juzuk,ting2 - 7-10 juzuk, ting 1- 3-4 juzuk.

-Modul selepas khatam hafazan - menuju pensijilan tahfiz.
- Kota Putra akan melaksanakan program IGCSE - kurikulum antarabangsa sekolah menengah berdasarkan silibus Cambridge Universiti.
 - Air Con akan mula dipasang di surau sebanyak 8 unit.

Ucapan Pengerusi MUAFAKAT (Tn Haji Pehimi)

-ucap tahniah atas kecemerlangan PMR dan SPM
-teruskan komitment ibubapa dalam 3 kerjasama - Ilmu dan kemahiran, kewangan dan pendapat.
- teruskan menyumbang sebagai satu bentuk ibadah dan infaq kepada orang yang sedang berjihad menuntut ilmu.

Ucapan Perasmi ( EN Muhammad Tahir, Timbalan Pengarah MARA Terengganu.)

Target MARA
- Pendidikan bertaraf global
-menubuhkan kolej terbaik di dunia,
-melakukan inovasi dalam pendidikan ( MRSM UA contohnya)
-meningkatkan jumlah pelajar di MRSM sehingga 50 ribu
- menghantar 500 orang ke top universiti dunia.

-menerapkan keusahawanan dalam pendidikan

-Harap ibubapa teruksan kerjasama yang baik kerana MUAFAKAT yang aktif akan meningkatkan prestasi pelajar.

PERBAHASAN DAN USUL.


1. ibubapa dibenarkan membawa masuk kereta ke kawasan asrama.

respon pengetua : Akan dibawa dalam mesyuarat pengurusan maktab.

2. surau yang terlalu padat

respon pengetua : tiada dalam rancangan malaysia ke 10 untuk projek membesarkan surau. Surau telah dibesarkan dari saiz asalnya sekali ganda sebelum ini.

3. penggunaan Notebook

respon pengetua : Notebook akan digunakan mulai semester 2 untuk pelajar ting 1,2 dan 4 mengunakan LMS dan CMS.

4. persekitaran maktab kurang bersih, tidak mencerminkan institusi pendidikan ulung.

-respon pengetua : kerjasama dengan kontraktor pembersihan, tanamkan sifat menjaga kebersihan dalam diri pelajar.

5. pemurniaan akhlak pelajar

respon pengetua : akan sentiasa memberi pendidikan akhlak kepada pelajar terutamanya dalam menjaga hak orang lain.

6. laman web maktab dan blogspot yang tidak kemaskini

respon pengetua : laman web ada masalah server , pihak penyedia tapak web. Maktab sediakan facebook sebagai alternatif untuk berhubung. alamat facebook :


7. Cadangan ramaikan kehadiran ahli mesyuarat muafakat dengan membuat cabutan bertuah, ceramah motivasi ibubapa dan menyediakan rekod pelajar.

8. Cadangan pilot projek ( satu kelas ) program IGCSE.

respon pengetua : MRSM pekan sebagai pilot projek IGCSE telah dilaksanakan semenjak tahun lepas.
-Kota putra telah dipilih oleh MARA untuk melaksanakan IGCSE mulai tahun depan. Tidak ditentukan lagi samada Ting 1 atau 4 yang akan terlibat.
- Satu pertemuan  khas akan diadakan dengan ibubapa pelajar yang terlibat.
9. Mohon penjelasan subjek Sains (Kimia, biologi dan Fizik) hanya mendapat 25% A dalam SPM.

respon pengetua : perkara yang sama dibincangkan dalam mensyuarat pengetua dan jabatan sains, tiada jawapan yang muktamad kenapa pelajar lemah dalam subjek sains. Ianya memeerlukan ulangan yang sangat banyak dan menunutut usaha yang gigih dari pelajar-pelajar.

MAKLUMAN

1. Pelajar yang khatam akan diraiakan dalam satu majlis bersama rakan-rakan mereka disurau Maktab. Ibubapa boleh memberi sumbangan sempena majlis khatam anak mereka.
2. Satu kelas prinsip akaun akan dibuka. Seramai 30  orang pelajar akan mengambil subjek tersebut pada SPM tahun depan.

koleksi gambar mesyuarat agung sila klik












6 comments:

bonda johor said...

Tahniah buat semua ibubapa yang berkesempatan menghadiri mesyu.tahunan muafakat.mudah2an hasil dan segala rumusan yang telah dimuafakati akan dapat dilaksanakan sebaik mungkin demi kecemerlangan anak didik mrsm kopu.Bagi yang tidak berkesempatan hadir khususnya saya insyaallah akan terus memberikan sokongan dan komitmen yang padu yang termampu kami lakukan.Apapun saya ingin mencadangkan agar baju outing pelajar dapat diganti dengan jenis kain yang lebih tahan kualitinya serta diubah suai dengan berbentuk kemeja raihan bagi pelajar lelaki bersesuaian dengan penampilan remaja ululalbab yang boleh dipadankan dengan songkok hitam setiap kali pelajar dibenarkan outing.Mudah2an dengan penampilan yang dicadangkan ini akn dapat meningkatkan disiplin dan sahsiah pelajar khususnya ketika berada diluar sekolah yang lama kelamaan jika dibiasakan insyaallah akan dapat membentuk jiwa hafiz yang bukan sahaja sekadar khatam bacaan tetapi menghayati isi kandungan dengan sebenar2nya.moga dapat dipertimbangkan dan difikirkan bersama................T.K

Ummu Muhammad said...

Setuju dengan bonda Johor mengenai baju outing (batik). Kainnya terlalu nipis dan mudah koyak setelah dipakai beberapa kali saja. Fesyen kemeja raihan dan bersongkok akan menampakkan remaja ululalbab lebih kacak dan tampan.

Anonymous said...

"Mohon penjelasan subjek Sains (Kimia, biologi dan Fizik) hanya mendapat 25% A dalam SPM.

Respon pengetua : perkara yang sama telah dibincangkan dalam mesyuarat diantara pengetua dan jabatan sains. Namun begitu, tiada jawapan yang muktamad kenapa pelajar lemah dalam subjek sains. Ianya memerlukan ulangan yang sangat banyak dan menuntut usaha yang gigih dari pelajar-pelajar."

Apa maksud: "TIADA JAWAPAN YANG MUKTAMAD"? Minta jasabaik Tuan Pengetua bagi perinciannya.

InsyaAllah, there are some methods can be implemented upon the teachers & students to enhance the quality of the science subjects in particular Physics, Chemistry & Biology ~ Right! Other subjects are Ok ... insyaAllah

Anonymous said...

saya juga bersetuju sangat dengan cadangan dari bonda johor. Sedikit sebanyak ia memberi imej yang bertepatan dengan peribadi ulul albab kerana penampilan mencerminkan keperibadian

Anonymous said...

yes. please do something about the colour and design for our children's official Batik outfit. i think it has been brought up at every PTA meeting. it is very pathetic that we are in Terengganu-producers of fine batik- but yet kota putra as an mrsm in Terengganu, owns a hideous batik outfit.
tq for your kind attention on this matter

Anonymous said...

Quote :

3. penggunaan Notebook

respon pengetua : Notebook akan digunakan mulai semester 2 untuk pelajar ting 1,2 dan 4 mengunakan LMS dan CMS.


It's August now.. or the 2nd semester stands for 2012?