Monday, December 26, 2011

KEPUTUSAN PMR 2011
Alhamdulillah berkat kesungguhan semua pihak, Keputusan PMR 2011 adalah terbaik bagi maktab. Subjek Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup mendapat 100% A. Gred Purata maktab 1.083 . Tahniah pada semua pelajar dan Guru yang telah berusaha dengan gigih. Selamat Kembali ke maktab pada hari pendaftaran nanti.

13 comments:

Anonymous said...

Kita perlu kerja kuat lagi thn depan bagi memastikan kejayaan berlipat ganda. Perancangan perlu dibuat dari sekarang dan para pemimpin perlu lihat keseluruhan kelengkapan dan resos dan gerakkan bala tentera untuk mara ke hadapan.

tokjogho said...

Slm, saya dapati subjek Bahasa Arab, ramai yang x dapt A, Itulah yang menjatuhkan GPM. Tahun depan kena berusaha utk memperbaiki subjek Bahasa Arab! Syabas Koputra!!

Anonymous said...

Alhamdulillah, pencapaian akademik yang sungguh memberansangkan berkat kesungguhan & kerjasama semua pihak baik guru, murid & ibu bapa serta suasana hafazan al quran yg penuh keberkatan.
Moga kerjasama ini dpt diteruskan lagi agar Gred Purata di"maintain"kan sehingga SPM 2013.
Adalah TIDAK mustahil sama sekali MRSM Kota Putra boleh "mengalahkan" MRSM Taiping & MRSM Jasin pd SPM 2013.
Not only "Malaysia Boleh" but also ... to be specific ~ "students MRSM Kota Putra boleh" can be No 1 Ranking MRSM for SPM 2013 ... ok

Umi Nurul said...

Insya Allah...MRSM Kopu Boleh! malah kalau nak dikira PMR 2011 MRSM Kopu tetap juara w/pun GPM tak senarai dlm top ten kerana MRSM Kopu ada 9 subject bukan 8 spt MRSM lain..juga dah ada yg khatam 30 juz. Syabas & setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga MRSM Kopu semoga terus bersemangat untuk terus menempa kejayaan!

Anonymous said...

Saya selaku bapa kpd pelajar (next year: Tingkatan 4) ade mencadangkan agar anak saya berpindah ke MRSM lain so that result SPMnya makin cemerlang. Namun jawaban yg diberikan oleh anak saya ini sungguh mengharukan lagi menusuk qalbu iaitu: "saya SAYANGkan suasana hafazan yg ada di sini"
Terima kasih (tidak terhingga) kpd semua warga kerja MRSM Kota Putra & rakan sebaya serta junior anak saya yg telah mengwujudkan suasana hafazan yg cemerlang, gemilang lagi terbilang sehingga menyebabkan anak saya begitu sayang utk meninggalkan "madrasah tahfiz ulul albab MRSM Kota Putra".

d' Simpang said...

Asalamualaikum, tahniah kepada semua yang terlibat dengan PMR 2011.Saya sebagai ibu bapa tetap merasa bangga dengan keputusan yang dicapai setakat ini.Saya harap guru-guru bahasa arab tidak merasa tertekan kerana subjek itu menjadi fokus dalam ketentuan GPS.Saya sebagai bapa pelajar sepatutnya memikul beban yang sama kerana tidak dapat menyediakan pelajar yang mesra bahasa arab.Insyallah tetap sayangkan suasana hafazan yang ada di MRSM Kota Putra.Harapan saya ianya berkekalan ditingkatan 4.Mudah-mudahan Allah kurniakan kita yang lebih manis diperingkat SPM nanti selagi mana AlQuran itu sentiasa dihati pelajar.Doa saya mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat untuk semua kakitangan MRSM Kota Putra

Nsuhaimi said...

Asalamualaikum.. Tahniah diucapkan kepada Pengetua, semua tenaga pengajar dan pelajar pelajar ululalbab semua atas kejayaan cemerlang MRSM Ululalbab Kota Putra.Seperti yang diperkatakan, jangan lah tenaga pengajar Bahasa Arab rasa tertekan atas keputusan yang diterima. Sesungguhnya cikgu dh pun buat yang terbaik..

Sedikit pendapat saya untuk masa yang akan datang..sekiranya terdapat pelajar pelajar yang agak lemah dalam bahasa arab supaya tidak didaftarkan untuk mengambil sebanyak 9 subjek..memandangkan pengiraan bredasarkan GPM..hanya sekadar cadangan....anyway..syabas KOTA PUTRA ULULALBAB...

Nsuhaimi

Anonymous said...

Alhamdulillah,result tetap mantap...kopu tetap n0 1..kita tak leh nak dibandingkan dengan maktab2 lain sebab kita ada xtra subject,and congratulations to all f3 sudents and all their teachers!

Anonymous said...

Azam tahun 2012 & 2013 ~ Students Form 4 (2012) MRSM Kota Putra wanna break the previous Gred Purata Maktab record for SPM 2013 by obtaining GPM between 1.000 and 1.4999
We strongly believed that is is still within your reach as result from PMR 2011 shown that 171 out 172 students got A for Maths & 170 out of 172 students got A for Science
As the same time ... kalian semua mesti istiqomah dlm mengerjakan solat fardhu secara berjemaah awal waktu & melakukan tasmi' (murajaah) setiap hari dlm usaha memantapkan lagi hafazan dlm minda.

Muhadhirah said...

As-Salam,
Tahniah diucapkan kepada semua di atas pencapaian PMR 2011 yang boleh dibanggakan. Pada pandangan saya, mata pelajaran Bahasa Arab adalah wajib bagi golongan Ulul Albab. Oleh itu, setiap pelajar Ulul Albab harus menguasai bahasa syurga ini. Maka wajib bagi setiap pelajar Ulul Albab menduduki peperiksaan ini. Langkah yang wajar dilaksanakan adalah memantapkan lagi usaha-usaha ke arah penguasaan bahasa Quran ini. Ibu bapa juga harus memainkan peranan. Saya ingin mencadangkan agar menggunakan buku "ARAB MUDAH" sebagai latihan.

Muhadhirah said...

By the way, "as the same time ..." should be "at the same time...."

~A.F~ said...

salam..syabas dan taniah buat kopu..sy sbg plajar sbnrnya amat bangga dgn maktab..sy sgt sayangkn kopu..rindukn suasana pembelajaran disana..hafazan..guru2 yg prihatin..shbt handai yg berjuang bersama2..insya-Allah,di thn hdpn kami f4 akn buat yg terbaek dan bgi result yg the best for spm..kami akn memecah rekod seluruh mrsm..insya-Allah..

Ummu_Ariff said...

Syabas kepada MRSM KOPUTRA.Pencapaian yang sangat membanggakan semua ibubapa dan pencinta sekolah aliran agama.Pencapaian ini membawa sinar cemerlang kepada anak2 yang membaca & menghafal quran.Kita bukan hanya target kepada pencapaian cemerlang dlm akademik sahaja tetapi pembinaan sahsiah & kecintaan kpd agama.Menitis air mata membaca komen anak tuan,"saya SAYANGkan suasana hafazan yg ada di sini".Hebatnya Al-quran,3 tahun sudah cukup utk membentuk sahsiah & pemikiran beragama kpd anak2.Semoga Allah memelihara MRSM Ulul Albab yg telah ada & Mara berpeluang menambah bilangannya di masa hadapan.