Sunday, September 30, 2012

JEMPUTAN KE MAJLIS GRADUASI 2012



JEMPUTAN KE  MAJLIS GRADUASI MRSM KOTA PUTRA 2012


Dengan hormat takzimnya dimaklumkan, MRSM Kota Putra akan mengadakan Majlis Graduasi kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5. Majlis Graduasi ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka di maktab ini.

2.         Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir untuk bersama-sama meraikan majlis di atas sebagaimana keterangan berikut :   

            Tarikh              :           24 Oktober 2012 (Rabu)
            Masa               :           09.00 pagi
            Tempat            :           Dewan Ulul Albab, MRSM Kota Putra
            Aturcara          :           Seperti lampiran

3.         Bersama-sama surat ini disertakan borang pengesahan kehadiran tuan/puan ke Majlis Graduasi 2012. Sila kembalikan borang pengesahan kehadiran tuan/puan kepada pihak maktab sebelum 14 Oktober 2012. Untuk makluman pihak tuan/puan pihak maktab menyediakan 2 tempat duduk (dewasa) sahaja bagi setiap pelajar di dalam Dewan Ulul Albab semasa majlis tersebut.

4.         Pihak kami ingin memohon sumbangan ikhlas daripada tuan/puan bagi menampung sebahagian kos bagi majlis tersebut. Sumbangan tuan/puan boleh disalurkan secara tunai melalui anak tuan/puan. Jasa baik daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

            Semoga dengan kehadiran  tuan/puan  akan memeriahkan lagi majlis ini. Kerjasama daripada pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.  


Sekian.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
“1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”




ABDULLAH BIN ABDUL RAHMAN
Pengetua,
Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra,
Besut,Terengganu.

 ___________________________________________________________________


 Aturcara Majlis:

9.00 pagi           - Para jemputan dan ibubapa mengambil tempat
                        - Perarakan masuk para graduan
                        - Perarakan masuk Tetamu Jemputan Kehormat dan Ahli Senat               
- Nyanyian lagu Negaraku dan lagu MARA
                        - Bacaan Doa
- Bacaan Al- Quran
                        - Ucapan aluan oleh Pengetua MRSM Kota Putra
                        - Ucaptama oleh Tetamu Kehormat
                        - Penyampaian Anugerah Pelajar
                        - Pengisytiharan graduasi
                        - Penyampaian Sijil Graduasi Tingkatan 3
                        - Penyampaian Sijil Graduasi Tingkatan 5
                        - Penyampaian cenderamata
12.30 t/hari        - Perarakan keluar ahli senat
                        - Majlis bersurai


 

No comments: