Wednesday, February 20, 2013

Pendaftaran Ko Kurikulum





AKTIVITI KOKURIKULUM

Aktiviti Kokurikulum diwujudkan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengembangkan minat pelajar, memberi kemahiran-kemahiran baru kepada pelajar dengan membincangkan aspek-aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari. Ia juga satu media untuk mencungkil bakat kepimpinan, keusahawanan dan kreativiti pelajar.
Aktiviti kokurikulum mesti berupaya merangsang minda untuk mereka berusaha berterusan, berdaya juang untuk menghadapi rintangan dan membina kejayaan tanpa syarat.

Aktiviti/Gerak Kerja Kokurikulum dibahagikan kepada 4 jenis iaitu:-

1. Aktiviti Badan Berpakaian Seragam
2. Aktiviti Persatuan/Kelab Kemahiran
3. Aktiviti Sukan dan Permainan
4. Aktiviti Kem Cuti

1. Aktiviti Badan Berpakaian Seragam

Aktiviti Badan Berpakaian Seragam berupaya membentuk pelajar-pelajar supaya berdisiplin, cergas dan mendapat latihan-latihan yang khusus untuk berkhidmat secara sukarela kepada masyarakat. Semua pelajar MRSM diwajibkan mengambil bahagian dalam satu badan berpakaian seragam.


Di MRSM Kota Putra Badan Berpakaian Seragam yang mendapat tempat ialah:
1.1 Pengakap
1.2 St. John Ambulans
1.3 Ranjer Puteri
1.4 Pergerakan Puteri Islam
1.5 Kadet Bomba

2. Aktiviti Persatuan/Kelab Kemahiran

Penubuhan Persatuan dan Kelab merupakan tanggungjawab setiap Jabatan Akademik dan terbuka kepada guru-guru yang mempunyai kemahiran atau minat mengendalikan aktiviti kelab tersebut.

Penyertaan Pelajar

Setiap pelajar dibenarkan mendaftar sebagai ahli bagi satu kelab atau persatuan untuk satu tahun sesi akademik. Kelab dan Persatuan yang terdapat di MRSM sebagaimana berikut:-
2.1 Fotografi dan Kewartawanan
2.2 Astronomi
2.3 Alam Sekitar
2.4 Sejarah
2.5 Harmonika
2.6 Bahasa dan Budaya
2.7 English Language & Art Club
2.8 Matematik
2.9 ICT
2.10 Agama
2.11 Khat
2.12 Remaja Ulul Albab
2.13 Aqsa Asyarif
2.14 Kembara
2.15 Fotografi
2.16 Majalah Maktab

2.11 Badan Kepimpinan Pelajar
- Badan Wakil Pelajar
- Lembaga Disiplin Pelajar
- Ahli Lembaga Pengarah Koperasi
- Ahli Pusat Sumber Pembelajaran
- Pembimbing Rakan Sebaya

3. Aktiviti-aktiviti Sukan dan Permainan

Kecerdasan dan Kesihatan Jasmani akan memelihara dan membolehkan pelajar menjadi sihat, cerdas dan produktif. Diharap melalui sukan dan permainan, bakat pelajar dapat ditonjolkan dan dikembangkan sehingga ke taraf dunia. Contohnya seperti badminton, bowling, tenis, golf, tinju, bola sepak, squash, krikit, dan lain-lain yang telah mencapai tahap profesional.

Jenis-jenis Sukan dan Permainan yang terdapat di MRSM Kota Putra ialah:-
3.1 Bola Sepak
3.2 Bola Tampar
3.3 Bola Jaring
3.4 Tae Kwan Do
3.5 Tenis
3.6 Catur
3.7 Memanah
3.8 Olahraga

4. Aktiviti Kem Cuti

Peluang-peluang untuk pelajar mengembangkan lagi minat mereka dalam bidang-bidang tertentu diwujudkan semasa cuti semester dengan kadar bayaran yang minimum. Kem cuti ini lazimnya dianjurkan mengikut zon di mana sebuah maktab dipilih sebagai tuan rumah untuk mengendalikan program-program kem cuti yang tertentu

No comments: