Saturday, March 16, 2013

PERKHEMAHAN KADET PERTAHANAN AWAM (KAPA) PERINGKAT DAERAH BESUT 2013 MRSM KOTA PUTRA






Pada 13 mac sehingga 16 mac yang lepas,badan beruniform Kadet Pertahanan Awam MRSM Kota Putra telah menyertai perkhemahan kadet pertahanan awam peringkat daerah Besut 2013.
Perkhemahan tersebut telah diadakan diperkarangan pusat ko-kurikulum Alor Lintang.

Seramai 40 orang lelaki dan perempuan telah menyertai perkhemahan ini yang telah dikendalikan oleh Pejabat Pendidikan Dareah Besut dan Pejabat Daerah Pertahanan Awam.Perkhemahan tersebut telah disertai oleh 14 buah sekolah sekitar daerah Besut dengan penyertaan seramai 455 orang peserta dan dibantu oleh 124 anggota sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia.

Perlbagai aktiviti telah diadakan sepanjang empat hari tiga malam perkhemahan tersebut.Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan berbentuk kemahiran seperti kawad kaki,pertandingan melawan kebakaran,pertandingan pertolongan cemas,pertandingan menyelamat,pertandingan khemah tercantik dan pertandingan malam kebudayaan saya anak Malaysia.Disamping itu,aktiviti integrasi seperti rempuh halangan,oreentering,survival ikhtiar hidup dan dinamika games telah dilaksanakan oleh jurulatih pusat ko-kurikulum dengan tujuan untuk memupuk kerjasama dikalangan pelajar daerah Besut.Ahli jawatankuasa teknikal perkhemahan dan guru penasihat kadet turut terlibat dengan aktiviti perkhemahan seperti kursus kompas,survival dan amali protokol pegawai Pertahanan Awam Malaysia.

Acara penutupan Perkhemahan Kadet pertahanan Awam Daerah Besut 2013 ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Nawi B Mohamad Adun Hulu Besut dengan Timbalan Pengarah Pertahanan Awam Negeri Terengganu.Majlis penyampaian hadiah dan sijil juga telah disempurnakan oleh Yang Berhormat.

Penutup

Sesungguhnya aktiviti perkhemahan Kadet Pertahanan Awam Daerah Besut 2013 ini telah memberikan banyak manfaat dan pengalaman berguna kepada semua peserta.Perkhemahan ini dapat melahirkan anggota KAPA daerah Besut yang mempunyai kebolehan,kemahiran dan keterampilan diri yang tinggi.

Laporan oleh : Ustaz Azizi 

3 comments:

khairul azham said...

tahniah pada KAPA MRSM KOTA PUTRA Besut berjaya memenangi beberapa ujian kemahiran... saya sebagai ex-kopu dan juga anggota JPAM Besut berbangga atas kejayaan ini

Anonymous said...

Tahniah...anak saya juga menyertai perkhemahan ini dan hari ini telah demam...terkejut agaknya.tak pernah buat aktiviti lasak. Syabas kpd semua yg terlibat. She enjoyed it very much

Anonymous said...

Trima kasih trima kasih... Haha...