Wednesday, April 3, 2013

KHIDMAT MASYARAKAT - Bersama AJK Masjid kampung Limbongan.


Jabatan Pendidikan Islam telah bekerjasama dengan JawatanKuasa Khidmat Masyarakat MRSM Kota Putra bagi melaksanakan program khidmat masyarakat remaja Ulul Albab di masjid Kampung Limbongan Besut.
Program tersebut dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah.Selesai solat, program diteruskan dengan forum  remaja Ulul Albab yang berkaitan dengan hafazan dan taranum.Bacaan hafazan Al-quran dimulakan oleh saudara Mohamad syafiq b Mohd Adabi dan Mohammad Sirhan b Mohd Sani pelajar tingkatan 4.Selepas itu, bacaan Al-quran secara bertaranum yang disampaikan oleh Thaqif Adib b Md Azahar pelajar tingkatan 1.
Program diteruskan dengan forum remaja ulul albab yang disampaikan oleh ketiga-tiga pelajar tersebut. Antara isi yang disampaikan oleh pelajar-pelajar tersebut berkaitan dengan rutin harian mereka sebagai pelajar ulul albab di MRSM Kota Putra, cabaran sebagai seorang yang menghafal AL-quran 30 juzuk disamping program-program yang berkaitan dengan kurikulum dam ko-kurikulum MRSM. Ahli panel juga menyatakan harapan dan impian mereka dimasa akan datang
Program tersebut dihadiri oleh jemaah sekitar kawasan Masjid Kampung Limbongan mendapat sambutan yang menggalakkan. Ini dibuktikan dengan harapan dari imam masjid tersebut agar program seumpama ini dapat diteruskan dan mendapat kerjasama dari pihak Pejabat Pendidikan Daerah Besut

Dilaporkan oleh
(UST MUHAMMAD AZIZI B ABDULLAH)
PENYELARAS KHIDMAT MASYARAKAT







3 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah, semoga anak2 ini menjadi anak2 yg soleh dan solehah, taat perintah Allah dan Rasul, menghormati kedua ibu bapa dan berbakti kpd masyarakat , aminnnn...

hj azlan

Anonymous said...

Alhamdulillah

Semoga program ini dapat diteruskan.

Anonymous said...

Alhamdulillah

Semoga program ini dapat diteruskan.