Monday, April 28, 2014

Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam Daerah Besut

Seramai 40 anggota Kadet Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (KAPA) dari MRSM Kota Putra telah menyertai perkhemahan Kadet Pertahanan Awam daerah Besut yang berlangsung di Kem Seri Keluang, Besut.Perkhemahan tersebut berlangsung pada 21 April sehingga 23 April dengan disertai oleh 425 peserta dari 15 buah sekolah di daerah Besut
Perkhemahan itu bertujuan melengkapkan kemahiran pelajar khususnya anggota agensi itu dalam selok belok membantu pelbagai bentuk bencana dan cara menyelamatnya. Perlbagai aktiviti telah diadakan sepanjang perkhemahan tersebut. Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan berbentuk kemahiran seperti kawad kaki,pertandingan melawan kebakaran,pertandingan pertolongan cemas,pertandingan menyelamat,pertandingan khemah tercantik dan pertandingan malam kebudayaan saya anak Malaysia.Disamping itu,aktiviti mendaki Bukit Keluang telah dilaksanakan oleh jurulatih pusat ko-kurikulum dengan tujuan untuk memupuk kerjasama dikalangan pelajar daerah Besut.Ahli jawatankuasa teknikal perkhemahan dan guru penasihat kadet turut terlibat dengan aktiviti perkhemahan seperti kursus komunikasi dan amali protokol pegawai Pertahanan Awam Malaysia.

MRSM Kota Putra telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan kawad kaki dan diberikan penghormatan untuk menyertai pasukan kawalan kehormat.Disamping itu, menduduki tempat pertama dalam pertandingan kemahiran menyelamat, taraf perkhemahan dan johan malam kebudayaan.
Sesungguhnya pelajar MRSM Kota Putra Ulul Albab telah mendapat banyak pujian dari masyarakat luar kerana mempunyai akhlak yang baik, berdisiplin, bekerjasama dan berfikiran secara kreatif. Semoga perkhemahan KAPA 2014 ini dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan ko-kurikulum sekaligus melonjakkan nama MRSM Kota Putra sebagai pusat melahirkan modal insan yang berkualiti.

Disediakan oleh
Ltm ( PA ) Muhammad Azizi bin Abdullah
Kem Komandan Perkhemahan KAPA 2014














No comments: