Saturday, October 8, 2016

Doa Kami mengiringimu: Majlis Restu 2016

DOA PERHIMPUNAN PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم, بسم الله الرحمن الرحيم, الحمد لله رب العالمين, حمدا يوافي نعمه ويكافئ مزيدة,
يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجلال وجهك وعظيم سلطانك, والصلاة والسلام على سيدنا محمد في الأولين والأخرين, وسلم ورضي الله تبارك وتعالى عن ساداتنا أصحاب رسول الله اجمعين

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah. Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami,  dosa  saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa  guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah Ya Ghofur Ya Raouf
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah Ya Ghani Ya Hamid
Hari ini kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah dan permudahkanlah untuk kami menjawab kertas peperiksaan SPM bagi matapelajaran ……………………………………. sebentar lagi. Jauhilah kami daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati kami untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun ini. Makbulkanlah permintaan kami agar dapat mencapai  sasaran ……………………………. bagi kualiti dan  …………………………….bagi kuantiti sekolah kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, sebagai pembuka jalan untuk kami  menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri  kepada Mu. Jadikanlah kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim
Perkenankanlah doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha memakbulkan doa doa kami Ya Allah……..
رَبَّنَا أَتِنَا فِى الدُّنيَا حَسَنةً وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّاِر وَصَلَّى الله عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحبِهِ أَجمَعِينَ سُبحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلاَمٌ عَلَى المرُسَلِينَ وَالحَمدُ ِللهِ رَبِّ العَلَمِينَ.

Sumber :  JPN PERAK











No comments: