INFO MRSM KOPU



 MRSM KOTA PUTRA


SEPINTAS  LALU

Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra mula beroperasi pada 1 Januari 1998. Keluasannya adalah 262,813 meter persegi, kedudukannya yang menarik di pinggir Laut China Selatan dan dalam kawasan yang nyaman dan kondusif. Pengetua dan kakitangan bukan akademik telah melapor diri di Institut Kemahiran MARA Besut pada 1 November 1997.

Kakitangan akademik telah melapor diri pada 1 Januari 1998 dan pengambilan pelajar pertama terdiri dari pelajar tingkatan 4 dan 5 pada 16 Februari 1998. Manakala pengambilan pelajar tingkatan 1 bermula pada tahun 2003.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN MARA


            Melalui Sektor Pendidikan, MARA akan melahirkan tenaga kerja Bumiputra yang berdaya saing,
            Yang berketerampilan dan mempunyai pegangan nilai sejagat dan agama yang kukuh, mempunyai
            kemahiran taknikal, mempunyai orientasi keusahawanan serta berkeupayaan memberi sumbangan
            kreatif disamping mampu menghasilkan sumbangan nilai yang tinggi untuk menyokong kegiatan
            usaha niaga konvensional juga dalam bidang-bidang bakal muncul k-ekonomi.

FALSAFAH PENDIDIKAN MRSM


Sistem Pendidikan MRSM adalah suatu usaha yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti kepada diri sendiri, masyarakat ,Negara dan Tuhan. Kami juga yakin bahawa maktab yang berkualiti dan cemerlang, sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecemerlangan, penyuburan dan pengembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti. Sesungguhnya setiap pelajar itu unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan.


Objektif Umum MRSM

           
MRSM dijadikan sebagai tapak semaian untuk:
                       
                        1. Melahirkan pelajar yang cemerlang akademik, kompetitif, inovatif, kreatif dan mampu
                         bersaing diperingkat global.
                        2. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam sahsiah dan memiliki ciri-ciri Ulul-Albab.
                        3. Melahirkan pelajar yang mempunyai kekuatan diri ( daya tahan, daya saing, daya juang ),
                         ciri-ciri kepimpinan dan asas keusahawanan.
                        (BERASASKAN MARA THE WAY FORWARD dan CIRI ULUL ALBAB)



MARA THE WAY FORWARD DI MRSM


ULUL ALBAB

“Satu golongan yang mempunyai asas yang kukuh dalam al-Quran , ilmu pengetahuan yang
luas dan pelbagai, mampu berfikir dan memerhati kejadian Allah melalui hati dan akal yang
tajam serta mengambil iktibar darinya “.

CIRI-CIRI ULUL ALBAB


Quranik









Ensiklopedik



       Ijtihadik



                                                                



                                                                                                                             



MATLAMAT  MRSM



MRSM merupakan institusi pendidikan untuk mendidik bakal-bakal saintis professional yang bertaraf Nobel Laureate, usahawan tekno dan pemimpin dalam pelbagai bidang, serta mempunyai personaliti terpuji iaitu berakhlak mulia, cemerlang, serta berdaya saing pada peringkat global

( global, cemerlang dan kompetitif )



MRSM KOTA PUTRA

VISI

MRSM Kota Putra beriltizam untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang berinovatif dan bertaraf dunia.

 

MISI

MRSM Kota Putra berusaha untuk menyediakan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam dalam semua bidang terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.

 

NILAI TERAS

Menerapkan nilai Saintifik, Independen, Kreatif, Amanah, Patriotik.

Piagam Pelanggan

Untuk Merealisasikan MISI / Objektif ini maka kami di Maktab Rendah Sains MARA Kota Putra berikrar:


Memberi pendidikan yang terbaik dengan penuh dedikasi, inovatif dan professional bagi mencapai kecemerlangan akademik dengan sasaran GPS 1.8 ke bawah bagi SPM dan 6A 2B termasuk sains dan matematik bagi PMR. Kecemerlangan sahsiah dan peningkatan potensi pelajar-pelajar kami selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Rela bekerja keras ke arah mewujudkan suatu budaya kerja yang berteraskan prinsip Bersih, Cekap dan Amanah dengan sasaran penglibatan tidak kurang daripada 80% serta berlandaskan semangat kerja muafakat membawa berkat.

Sempurnakan proses kerja, di samping memberikan layanan mesra, prihatin dan bertimbang rasa kepada semua pelanggan kami pada setiap masa.

Menjadikan MRSM Kota Putra sebagai sebuah institusi pendidikan yang cemerlang dalam aspek akademik, sahsiah, kokurikulum dan keceriaannya.

Ke arah menjadikan perkhidmatan yang berkualiti dan sentiasa bersedia menerima aduan atau cadangan membina demi memenuhi keperluan dan harapan pelanggan-pelanggan kami.

Pemberian maklumbalas terhadap aduan pelajar pada ketika yang diperlukan dalam tempoh 24 jam untuk mencapai kepuasan pelanggan.

Objektif Operasi MRSM Kota Putra


1.      Mencapai pematuhan 100% dalam aspek pemeriksaan audit.

2.      Mewujudkan persekitaran yang kondusif terhadap pembelajaran.

3.      Menjadi persekitaran yang selamat, bersih dan selesa.

  1. Menjadikan MRSM Kota Putra sebagai sebuah MRSM yang cemerlang dalam bidang
Akademik dengan menduduki senarai 10 teratas dalam peperiksaan SPM dan 3 teratas dalam PMR.
  1. Menjadikan MRSM Kota Putra sebagai sebuah MRSM yang cemerlang dalam bidang keusahawanan dengan mendapat tempat pertama Koperasi Terbaik peringkat sekolah asrama penuh.
  2. Melaksanakan Program Schoolwide Enrichment Model (SEM) dengan semua pelajar memenuhi syarat graduasi.

SASARAN PENCAPAIAN AKADEMIK

PEPERIKSAAN SEMESTER

                        Menengah Atas       :         Pelajar mendapat PNG > 3.00
                        Menengah Rendah :        Pelajar Mendapat PNG > 3.00
                 65 % pelajar mendapat Anugerah Penghormatan Pengetua setiap semester

PENCAPAIAN MENGIKUT SUBJEK ( SETIAP UJIAN )

            Menengah Atas                 :           Bahasa Melayu      -           100 % A
                                                                        Bahasa Inggeris      -             80 % A
                                                                        Matematik Moden-             60 % A
                                                                        Matematik Tambah -          60 % A
                                                                        Fizik                             -            60 % A
                                                                        Kimia                          -             60 % A
                                                                        Biologi                       -             60 % A
                                                                        Pendidikan Islam    -           100 % A
                                                                        Sejarah                      -              90 % A
                                                                                   
Menengah Rendah          :           Bahasa Melayu      -           100 % A
                                                            Bahasa Inggeris      -           100 % A
                                                            Matematik               -           100 % A
                                                            Sains                           -           100 % A
                                                            Pen. Islam                 -           100 % A
                                                            Sejarah                      -           100 % A
                                                            Geografi                   -           100 % A                    
                                                            K. Hidup                    -           100 % A
                                                            Bahasa Arab           -           100%  A

PENILAIAN MENENGAH RENDAH ( PMR )

80 % pelajar mendapat 8 A
100 % pelajar layak ke tingkatan 4 di MRSM

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ( SPM )

100 % pelajar mendapat 6 A ke atas
Gred purata setiap subjek sekurang-kuranya 1.8

GRADUASI

Semua pelajar layak mendapat Sijil Graduasi MARA


BANGUNAN MRSM KOTA PUTRA 2011