Tuesday, August 10, 2010

MULTAQA 2010 KALI KE 3 DAN PERTEMUAN AKADEMIK










Pada tarikh yang sama juga diadakan Multaqa kali ke 3. Ianya bertujuan untuk mendengar pandangan ibubapa dan mencari jalan penyelesaian kepada apa jua masalah ynag berkaitan dnegan program UA.


berikut adalah usul-usul yang tekah dicadang dan dibentangkan dalam multaqa tersebut.



CATATAN MULTAQA’ ULUL ALBAB SIRI 3


  1. -Encik Kashfi mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru kerana anak menunjukkan prestasi yg baik.
      -Beliau mencadangkan supaya ibu bapa berusaha untuk mendapatkan sumbangan korporat          
      -Beliau juga menyebutkan tentang kepentingan asessment & generic skills di          samping akademik dan hafazan.
      -Latih pelajar kendalikan program keagamaan dengan memberi peluang mereka      mengendalikan program seperti bacaan yasin dan seumpamanya.
2.   -Encik Muhammad B Ismail membangkitkan isu masalah pelajar lupa hafazan                    dan apakah tindakan yang telah diambil untuk mengatasi masalah ini.
      -Beliau juga membangkitkan isu ibu bapa tidak dibenarkan masuk asrama.
3.   -Puan Yasmeen mencadangkan supaya sumbangan sekala kecil dipohon melalui     penghantaran sms kepada ibu bapa selepas tarikh kemasukan gaji.
      -Penggunaan sms juga dicadangkan digunakan untuk memaklumkan perubahan     peraturan sekolah.
      -Beliau juga bertanyakan apakah program yang telah dijalankan untuk         pengukuhan dan penguasaan bahasa arab di kalangan pelajar.
4.   -Cadangan supaya diadakan kelas tafsir bagi membantu pelajar mengetahui apa      yang mereka hafal dan seterusnya memudahkan proses penghafalan.
      -Adakah sumbangan yang diberikan ke dalam tabung dapat perlepasan cukai          LHDN.
5.   -Puan Sharlina dan Mohd Radzi membangkitkan fungsi homeroom
                  - tiada balasan sms
                  - bantuan pihak sekolah untuk menguruskan pengangkutan
      -Blogspot tidak menarik berbanding blogspot mrsm lain seperti Gemencheh.
      -Beliau mencadangkan agar ibu bapa dibenarkan masuk ke kawasan asrama tetapi dikehendaki meninggalkan kad pengenalan di pondok jaga untuk pemantauan ketika lawatan.
      -Pengetua turun ke negeri lain sebagai contoh Selangor bagi mendengar suara ibu bapa.
6.   Encik Hazizan menekankan peripentingnya pelajar-pelajar diberi penekanan dari segi akhlak supaya selari dengan periadi sebagai penghafaz al-Quran.
7.   Puan Nazira Othman bertanyakan tentang pengaruh senior terhadap pelajar ulul albab yang mungkin mengganggu proses pembelajaran dan pendidikan.
  1. -Encik Norazlan bin Mohd Salleh bertanyakan apakah program yang telah dirancang sempena bulan ramadhan.
      -Beliau juga meminta pihak sekolah memaklumkan program yang akan diadakan    pada waktu cuti sekolah akhir tahun bagi membantu pelajar mengimbangi             hafazan.
      -Bentuk sumbangan yang dapat diberikan oleh ibu bapa seperti ceramah motivasi   dan lain-lain perlu dibincangkan.
      -Minta respon majlis khatam al-quran di masjidil haram.
9.   Encik Mohd Nizam membangkitkan isu percampuran antara pelajar lelaki dan        perempuan yang terlampau bebas yang tidak melambangkan akhlak sebagai penghafaz al-Quran.
10.      -Puan Solehah Mokhtar mencadangkan aktiviti untuk bulan Ramadhan
a.       Melatih pelajar memasak bubur lambuk
b.      Majlis khatam al-quran perdana
c.       Sediakan jadual gotong-royong bersihkan surau, imam terawih dan tazkirah
d.      Majlis berbuka puasa perdana.
      - Adakan tayangan multimedia tentang aktiviti pelajar ulul albab semasa multaqa.
11.      Dato’ Wan Ismail menyarankan supaya mengenal pasti bantuan yang diperlukan untuk memudahkan proses.
12.      Yang Berhormat Tuan Haji Pehimi Bin Haji Yusof telah mendermakan RM5000 untuk tabung Ulul Albab dan RM5000 untuk sekolah.


No comments: