Tuesday, November 22, 2011

Panduan Kemasukan Ke Tingkatan 1, MRSM.



Mulai tahun 2012, kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) tingkatan satu dan temu duga.


Teras utama sistem pendidikan MRSM merangkumi pembangunan kurikulum, pembangunan kokurikulum, pembangunan pelajar dan perkhidmatan pendidikan. Sistem pendidikan ini menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan akademik, pembentukan sahsiah terpuji, cergas fizikal dan berbudaya usahawan.


Terdapat empat program utama yang dilaksanakan di MRSM. Program-program tersebut adalah seperti berikut:


i. MRSM Program Biasa
Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM)


ii. MRSM Program Ulul Albab
Sebagai tambahan, sistem pendidikan MRSM Program Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain subjek teras seperti yang sedia ada di MRSM.


iii. MRSM Program IGCSE
Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


iv. MRSM Program Ulul Albab dan IGCSE
Program yang dilaksanakan ini menggabungkan program Ulul Albab dan program IGCSE.





A. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN 

1. Warganegara Malaysia.
2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
3. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia :
i. Bumiputera tahun enam.
ii. Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan.
4. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2011.
5. Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 pada tarikh antara 12 hingga 16 Disember 2011 yang akan diadakan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia.




B. CARA MEMOHON MELALUI ONLINE 

1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2011 diumumkan secara rasmi - 17 November 2011.
 2. Pemohon hendaklah membawa salinan Surat Beranak dan salinan Keputusan UPSR 2011 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat : http://www.mara.gov.my.



4. Pemohon mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online untuk menduduki ujian dan temu duga.
5. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah :

(Permohonan Ke Tingkatan 1)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.


C. TARIKH TUTUP


1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 30 November 2011.
2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 5 Disember 2011.


D. MAKLUMAT TAMBAHAN


1. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
2. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup tidak akan diproses.
3. Selain syarat kelayakan, keutamaan akan diberikan kepada calon seperti yang berikut :
i. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan/permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
ii. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman dan luar bandar.
4. Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2012 permohonan anda dianggap tidak berjaya.
5. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
6. Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak akan ditawarkan ke
MRSM.
7. Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

mohonan

16 comments:

Anonymous said...

tp klau xlulus ujian kelayakkan nim ???
pihak mara akn reject trus kew??

Anonymous said...

Siyezz cm susah jerp .. >,<

Anonymous said...

bile result utk kemasukan mrsm ulul albab aan kuar?

Anonymous said...

bila nak keluar nie....jenuh saya tunggu...penat tau...bagitahu lah awal2 bila kat kluar result...

Anonymous said...

tlg bgi tindak blas,

hujjatulIslam said...

kpd para anonymous yg mnnti2 keputusan sama ad anak anda lyk @ tidak utk memulakan pngajian di mktb ni..anda diminta bersabar kerana pihak mktb mgkin sdg mngemas kini kputusan temuduga...cepat atau lmbt psti akan ad keputusannya...bknkah sabar tu sebhgn drpd iman???

Anonymous said...

Pelajar yang betul2 berminat ke mrsm tapi mendapat tawaran dan menerima sbp secara automatik tidak akan ditawarkan ke mrsm.saya rasa itu tidak adil kerana tawaran mrsm adalah selepas tawaran sbp diterima.sepatutnya calon berhak membuat pilihan.jika menolak tawaran sbp takut2 mrsm pun xdapat kesian
Harap pihak berkenaan ambil tindakan

Anonymous said...

Pelajar yang betul2 berminat ke mrsm tapi mendapat tawaran dan menerima sbp secara automatik tidak akan ditawarkan ke mrsm.saya rasa itu tidak adil kerana tawaran mrsm adalah selepas tawaran sbp diterima.sepatutnya calon berhak membuat pilihan.jika menolak tawaran sbp takut2 mrsm pun xdapat kesian
Harap pihak berkenaan ambil tindakan

Anonymous said...

McM vest jerw NiEy

Unknown said...

Assalamualaikum..nak tanya sikit..saya dah pun menghantar borang ke pejabat mrsm tpi dkt alamat tu saya x tulis permohonan tingkatan satu..mcm mana??

Unknown said...

Assalamualaikum..nak tanya sikit..saya dah pun menghantar borang ke pejabat mrsm tpi dkt alamat tu saya x tulis permohonan tingkatan satu..mcm mana??

Unknown said...

Assalamualaikum..nak tanya sikit..saya dah pun menghantar borang ke pejabat mrsm tpi dkt alamat tu saya x tulis permohonan tingkatan satu..mcm mana??

Unknown said...

Assalamualaikum..nak tanya sikit..saya dah pun menghantar borang ke pejabat mrsm tpi dkt alamat tu saya x tulis permohonan tingkatan satu..mcm mana??

Sadie said...

Syarat kelayakan menyatakan hanya terbuka kepada pelajar semenanjung. Bagaimana jika pelajar sabah/sarawak yg berminat utk memohon?

Blossomossom99 said...

berapakah yuran di mrsm ulul albab ni

Blossomossom99 said...

berapakah yuran di mrsm ulul albab ni