Sunday, April 29, 2012

Tahniah. Amirul Syakirin. Tamat menghafal 30 Juzuk

Amirul sedang diraikan semasa tasmi'nya juzuk yang terakhir bersama rakan sekelas dan Ustaz Tasmi'nya ; Ustaz Azizi.

Adik Amirul mengambil masa paling cepat untuk menghafal setakat ini, iaitu 1 tahun 3 bulan 10 hari. Menurutnya, beliau menghafal setiap sebanyak 5-13 mukasurat, mukasurat yang baru dan murajaah sabak serta manzil. beliau hanya mengambil masa antara 5-10 minit untuk menghafal 1 muka surat baru dan 3 hari untuk mengulang hafazan sebanyak 1 juzuk.

Sebelum mengikuti program hafazan di MRSM Ulul Albab beliau hanya menghafaz surah Assajadah dan Surah Al-Insaan. Inspirasi dan semangat untuk menghafal datangnya dari Datuknya yang merupakan lulusan Maahad qiraat shoubra, Mesir.

Cara beliau menghafal ialah dengan menghafaz menggunkan tafsir al-quran iaitu mengingati makna-makna dalam ayat dan memadankannya dengan bacaan dalam al-quran.

Semasa sessi tasmi' selepas tasmi' satu-satu mukasurat, beliau akan sibuk menghafal dan memahami tafsir ayat. Ini amat membantu untuk mengingat dan menghafaz ayat tersebut.

Pencapaian akademik beliau juga amat membanggakan . Beliau telah memperolehi TPNG 3.75 dalam keputusan peperiksaan semester lepas.

No comments: