Tuesday, January 1, 2013

SESI 2013 SUDAH BERMULA DAN SELAMAT KEMBALI KE MAKTAB


SESI 2013 PERSEKOLAH TELAH BERMULA
Pihak maktab mengucapkan selamat kembali ke Maktab kepada semua warga khususnya semua Guru, Pelajar dan Ibubapa sekalian. Kita berhasrat untuk memulakan sesi ini dengan mengikat kesungguhan  dalam semua usaha dan komited kepada perancangan yang ditetapkan.
Tahniah kepada pelajar-pelajar PMR 2012 yang cemerlang dalam peperiksaan akhir mereka dan melangkah ke peringkat pendidikan Menengah Atas. PMR dan kejayaan adalah kenangan manis dan pengalaman serta sejarah diri pelajar-pelajar dalam dunia pendidikan. Teruskan usaha gigih sebagai yang selalu diingatkan “Man Jadda wa jada”, siapa yang bersungguh dia berjaya.
MRSM Kota Putra adalah terbaik bagi kita kerana kita berada disini walaupun wujud kekurangan yang tidak disengajakan. Pihak maktab terus berusah untuk memberi yang terbaik. Jadikan kehidupan dan pembelajaran di maktab sentiasa ‘enjoyable and meaningful’ dan kita akan mengecapi kejayaan diakhirnya. Kita telah menggunakan peruntukan yang diberikan oleh MARA khususnya menukar peralatan asrama seperti Katil,Tilam, Almari baju, Rak kasut, kerusi dalam bilangan yang mencukupi untuk mengganti peralatan asrama yang rosak dan lama (walaupun tidak semua pelajar mendapat yang baru kerana peralatan tersebut masih baik). Penghantaran peralatan tidak dapat dihantar sepenuhnya sebelum sesi baru bermula dan baki peralatan dalam proses pembekalan. Pihak maktab berharap semua pelajar dapat menjaga peralatan baru ini dengan baik dan mengelak dari dikenakan gantirugi. Peralatan yang rosak mestilah dilaporkan dengan segera sekiranya hilang ataupun rosak  atas kecuaian.
SELAMAT KEMBALI KE MAKTAB

2 comments:

bonda johor said...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.selamat memulakan sesi persekolahan 2013 buat warga guru kopu dan anak2 ululalbab khususnya anak2 yang berada diting.5...sesungguhnya mrsm kopu telah melakar sejarah yang sanagt2 istimewa pada tahun ini kerana telah melengkapkan generasi ululalbab sepenuhnya setelah lima tahun berjuang menempuh cabaran dan rintangan yang akhirnya hasrat untuk melihat keseluruhan warga ululalbab menggapai impian...teruskan perjuanganmu wahai guru2...sesungguhnya segala keringat dan ilmu yang tercurah sehingga lahirnya para huffaz di bumu kopu akan memancarkan sirna kegemilangan kecemerlangan dan kesejahteraan yang bergemerlapan hingga ke jannah....buat anak2ku yang bakal menduduki spm 2013...lakarkanlah suatu kejayaan dan kenangan terindah khusus buat mrsm ,mrsm kopu,dan guru2 kerana kalian adalah perintis ululalbab...jadilah contoh dan teladan buat adik2mu...tingkatkan usaha rapatkan ukhuwah dan semarakan alquran didada junjunglah kitabullah dalam apa jua tindakan...insyaallah kejayaan pasti dalam genggaman..moga tertegaklah islam sebagai addin dan alquran sebagai panduan di bumi ululalbab kopu...

Anonymous said...

Tahun 2013 sedang menyaksikan & bakal melakarkan sejarahnya yang tersendiri. Para pelajar "1st Batch" Ulul Albab MRSM Kota Putra kini sudah memasuki fasa terakhir (Tingkatan 5) berada di bumi Besut.

Anda semuanya sekali dipersilakan dgn segala hormatnya utk:

a) membuktikan yang pemilihan anda yg berjumlah ><176pelajar dari >1000pemohon adalah pemilihan yg terbaik

b) meningkatkan Gred Purada Maktab utk SPM tahun ini >baik dari tahun tahun sebelumnya

c) menambahbaik tahap kasih sayang & hormat kepada Allah SWT, Rasulullah SAW, para guru & ibu-bapa serta rakan taulan.

d) (2b spesifik lagi) mendirikan solat fardhu secara berjemaah di awal waktu.

Ingatlah ... solat yg berkualiti akan mampu melahirkan sekelompok insan yang berwawasan seumpama para Sahabat Rasulullah SAW (RadiaAllahu anhum)