Wednesday, April 3, 2013

DANA ULUL ALBAB DENGAN SASARAN 100 RIBU.

Berdasarkan perbincangan dalam majlis MULTAQA PMR SPM  pada 31hb Mac yang lalu, pelancaran Tabung Dana Ulul Albab dilakukan semula dengan sasaran baharu RM100,000.00 . Tujuan utama dana ini adalah untuk memastikan pelajar mendapat kemudahan dan keselesaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan hafazan mereka.

Antara projek yang akan disegerakan menggunakan dana ini ialah :

1. Pembesaran surau
2. Tambahan penghawa dingin
3. Penambahbaikkan tandas surau dan tempat wuduk
4. Penambahbaikkan keceriaan surau.
5. Insentif hafazan kepada pelajar.

Ibubapa/Penjaga amat dialu-alukan untuk  menyumbang melalui :

Bank Islam Cawangan Jertih
No. Akaun : 13035010060364

Sebarang pertanyaan sila kemukakan kepada Penegetua MRSM  Kota Putra Ulul Albab.

6 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum
Tahniah atas inisiatif sekolah.Marilah kita Ibubapa menyumbang secara ikhlas bagi membantu sekolah.Kita Ibubapa mainkan peranan kita.Namun harapan agar dana ini dapat digunakan bukan sahaja untuk menambahbaik prasarana, namun digunakan bagi program peningkatan sahsiah dan akademik murid khususnya buat masa terdekat ini murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.Saya mohon jika selain dari kewangan apa lagi sumbangan yang ibubapa boleh berikan.Contohnya usaha solat hajat secara beramai-ramai sebulan sekali di maktab.Walaupun secara individu telah dijalankan dirumah masing-masing.Ini menaikkan semangat anak-anak kita bahawa Ibubapa juga sedang menyokong kuat usaha mereka.Insyaallah

Anonymous said...

Insyallah kita semua akan menyumbang. Tetapi dimasa yang sama diharap pihak sekolah dapat selesaikan masalah air di asrama. Kasihan saya mendengar rintihan anak saya setiap kali menelepon saya. Seperti ibu bapa yang lain kami tak mahu sampai pelajaran anak-anak kami terjejas dek kerana masalah ini.

Anonymous said...


Assalamualaikum

Saya ingin menyarankan pihak berwajib ...

Di-antara projek bentuk (fizikal) yang amat elok sekali utk disegerakan menggunakan dana ini:

~ Pembesaran surau
~ Tambahan penghawa dingin
~ Penambahbaikkan tandas surau dan tempat wuduk
~ Penambahbaikkan keceriaan surau.
~ Insentif hafazan kepada pelajar.

Di-antara program bentuk (mental / spiritual) yang teramat elok sekali utk disegerakan menggunakan dana ini kelak:

~ kemundangkan bacaan Al Quran {dari musolla di situ}-(oleh Qari terkenal spt Sheikh Mahmud Al Khusairy, Sheikh Said Al Ghamidi & Sheikh Abd Rahman Sudais) ... > < 15minit sebelum masuk waktu Maghrib (setiap hari)
~ majlis bacaan surah Yaasiiin (lepas solat Maghrib hari Khamis)
~ majlis tazkirah mingguan (lepas solat subuh hari Jumaat)

Sekian

Wassalamualaikum

"Sesungguhnya ~ anak anak (para pelajar MRSM Kota Putra) ini adalah permata yg amat berharga ... perlu digilap sebaik mungkin (rohani & jasmani) agar faham & cemerlang, gemilang juga terbilang di dunia & akhirat (syurga Ilahi)"


Umi Ameerah said...

Assalamualaikum

Saya amat bersetuju dengan saranan2 parents di atas. Pihak sekolah juga boleh mengadakan ceramah motivasi dgn menjemput pakar motivasi bg menaikkan semangat anak anak kita especially form 2,3 and 5 yang akan menghadapi exam . Not forgeting kursus/ seminar on hafazan and akademik dr guru2 pakar.

Umi Ameerah said...

Assalamualaikum

Saya amat bersetuju dengan saranan2 parents di atas. Pihak sekolah juga boleh mengadakan ceramah motivasi dgn menjemput pakar motivasi bg menaikkan semangat anak anak kita especially form 2,3 and 5 yang akan menghadapi exam . Not forgeting kursus/ seminar on hafazan and akademik dr guru2 pakar.

Anonymous said...

saya tinggal di taman sekitar maktab ini. Masalah air berlaku di taman perumahan ini dan juga turut menjejaskan pelajar-pelajar mrsm. Ini adalah masalah pembekal air SATU yang terpaksa menutup air untuk kerja-kerja selenggaran. Harap pelajar dapat bersabar