ok tulis hati-hati, jangan sampai tertinggal walau satu noktah
aikk.. Yusoff dan Hafizi.....sempat juga berbincang macamana nak tulis
LAPORAN HAFAZAN JANUARI 2010
9 comments:
-
Salam. Saya cadangkan senarai ini disusun berdasarkan JMB (Jumlah Mukasurat Bulan Ini/Terkini). Ini utk menimbulkan semangat bersaing yang positive dikalangan pelajar. Jika disusun seperti sekarang, pelajar yang memang diatas, akan sentiasa di atas, vice versa dan senarai ini susah utk berubah.
Jika disusun mengikut JMB, senarai ini akan jadi dynamic/bertukar mengikut usaha pelajar2. Objective kita ialah memberi semangat berterusan kepada palajar2 utk berusaha mendapat tempat teratas (positive competition).
Saya hanya memberi pendapat utk kebaikan semua. Mari kita bincang the pros and cons. -
mungkin senarai ini dibuat sedemikian rupa untuk menggalakkan pelajar menepati target 6 mukasurat seminggu. MAna - mana yang dapat 6 muka surat atau lebih akan dikategorikan A.
-
Apakah semua yang dibuat oleh warga pendidik UA itu perlu dikomen? Saya amat berkeyakinan apa yang dibuat oleh warga pendidik UA itu adalah suatu yang terbaik, kerana mereka melihat dari dalam, sedangkan kita para ibu bapa hanya melihat dari luar. Mereka study perkara ini dari semua sudut. Kita hanya pandang dari sudut anak kita sahaja.
Sikap-sikap kita inilah yang akan memberi tekanan kepada anak-anak kita.
Selagi kita menjadi jurucakap anak-anak kita selagi itulah anak-anak kita akan banyak cakap. apa-apa yang yang anak kita sampaikan kepada kita, tapis-tapislah dulu sebelum disampaikan semula ke UA.
Jangan kita terlalu bersemangat komen, walaupun kita diberi peluang untuk komen.
Maaf keterlanjuran kata kerana dah pening baca komen.............. -
Saya sangat setuju dengan pendapat Anonymous guru itu lebih hampir dengan pelajar dpd ibubapa.Kalaupun anak kita betul tetapi ibubapa jangan merendahkan martabat guru dihadapan pelajar walaupun pelajar itu anak kita.Komen yang keterlaluan akan melemahkan semangat pendidik serta pentadbir.Yang manis itu kadang-kadang racun dan yang pahit itu kadang-kadang menjadi ubat
-
teringat kata guru saya dulu, apabila hilang keberkatan seorang guru pada diri seorang pelajar, hilanglah segala ilmu padanya, dalam hal menghafaz ... hilanglah segala hafalannya.. nauzubillah....
-
Salam Puan/Tuan,
Mohon maaf kalau saya terkasar bahasa.
Komen bukan bermaksud negative all the time. Komen membina akan membawa kepada kebaikan. Kalau niat kita ikhlas utk membaiki keadaan, semua akan mendapat rahmat dari Allah swt, insyaAllah. Samada diterima atau tidak, itu terserah, tiada paksaan, tiada siapa nak kena potong gaji , tiada siapa yang terasa hati.
Antara sebab kita tak de kemajuan ialah tak terima komen positively dan complacent (puas hati dgn apa yang ada). Nak komen pun takut orang marah dan terasa. Lagi teruk, kalau comment, kena kutuk pulak tu, tak berkat la dan macam2 lagi. Elok senyap je kan? Biarla apa nak jadi pun…
So, status quo indefinitely....so sad :(
p/s Anak saya baru tingkatan 1. Bersangka-baiklah (husnul zhon). Don’t worry, lepas ni saya takkan comment lagi. -
Salam anonymous (yg terkini). Gunalah nama bila nak buat komen, senang nak rujuk lain kali. Memang benar komen itu boleh jadi "check and balance". Komen tak semestinya positive. Negative pun ada baiknya juga. Cuma masalahnya ialah ada yg tidak tahu menggunakan bahasa yang santun. Kalau nak anak jadi ululalbab, ibubapa pun tunjuklah sahsiah ululalbab. Al-Quran itu suci. Benda yang tidak bersih tidak akan dpt mendekatinya. Orang yg tinggi darjatnya ialah mereka yg dapat mengawal dirinya dalam keadaan marah ( maksud sebuah hadith - harap usz/ustzh dpt betulkan jika salah). Anonymous, tak payah takut nak komen. Komenlah, cuma ingat terlajak perahu boleh berpatah balik, terlajak kata buruk padahnya.
-
Setuju dengan ana,selain ibu bapa the educators themself also have to develop and build the 'ulul-albab' sahsiah..so people,plzz comments are good ok.Without critics we tend to feel comfortable and think we have do da best..But,in someone eyes or others perspective we are far from good..So,any comments from anybody can be used to develop and become better...
*only an opinion..yg baik itu dr Allah,yg buruk itu dari diri saya sendiri. -
Memang benar membaca Al-Quran mendpt pahala yg besar walaupun satu huruf. Tetapi itu tidak cukup utk menjadi ululalabab. Ululalabab yg dinyatakn di dlm Al-Quran ialah golongan cerdik-pandai yg mengimbangi dunia dan akhirat. Saintis2 Islam zaman silam, adalah mereka2 yang bukan saja mengkaji Al-Quran,malah menghafaznya. Inilah golongan ululalbab.