Monday, May 18, 2009

PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA TINGKATAN 1 2009




Setelah dikuarantin dari petang Rabu lalu hingga Ahad minggu ini, semua pelajar dibenarkan kembali ke kelas seperti biasa untuk mengambil peperiksaan di kelas masing-masing. Semua pelajar dalam keadaan sihat dan keadaan kembali seperti hari-hari biasa. Pada hari ini, pelajar akan mengambil peperiksaan bagi subjek bahasa inggeris dan semalam pula adalah peperiksaan bagi subjek bahasa melayu.






7 comments:

Hj Yasim Mohamed (KL) said...

1. Syukur Alhamdulillah semua pelajar dan murabbi berada dalam keadaan sihat buat masa ini setelah diduga dengan sedikit mehnah dan ujian beberapa hari yang lalu.

2. Memandangkan seminggu dua ini adalah minggu peperiksaan, kita mengharapkan motivasi pelajar masih lagi pada tahap tinggi dan prestasi mereka tidak terjejas dengan peristiwa dan pengalaman kuarantin yang mereka lalui.

3. Dari sudut positifnya pengalaman sebegini membuatkan pelajar-pelajar kita menjadi lebih "resilient" dan bertambah matang dalam menghadapi cabaran hidup.

4. Walaupun keadaan diasrama sudahpun bebas daripada sebarang "ancaman", pihak maktab diminta supaya terus memberi peringatan dan penekanan kepada aspek kebersihan dan kesihatan diri pelajar serta persekitaran.

5. Setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pihak pengurusan maktab khususnya Pn Hajjah Junidah dan Pasukan Murabbi Ulul Albab yang begitu komited dan penuh dedikasi melaksanakan tanggung-jawab mendidik anak-anak pelajar.

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah.
Selamat kembali kepada semua UA. Setelah beberapa hari terkurung.Semoga apa yang terjadi menjadi panduan kepada kita semua. Setiap yang berlaku tentu ada hikmahnya.
Anak2 UA. Good Luck for your exam.-AA.

munadhia said...

salam.
sekadar ingin brtanya. sudah wujudkah institusi usrah di kopu? sy mlihat usrah ni sgt pnting dr pringkat skolah lg. kalau dulu kopu di phak prmpuan hanya ad sesi tazkirah drpd bwp bila lelaki solat jumat. jk sudah ad sistem sebegini alhamdulillah. juga ad hajat ingin ke kopu mengmbil sdikit slot brsama adik2 kopu.mgkin slot brsama kakak2 dn abg2 yg da brjaya mlnjutkn plajaran ke univ. skadar ingin berikan prkongsian dn gmbaran pd adik2 ttg u life. tp, buat masa skarang kami msg2 sbuk.semoga, kami dberikan klapangan utk bertmu adik2 kopu.

syukran.

houseofkhat said...

usrah memang dilaksanakan kepada pelajar puteri semasa solat jumaat berlansung. jika berminat untuk memberi sumbangan bolehlah berhubung dengan ustazah di sini.

houseofkhat said...

jangan lupa sentiasa menitipkan doa buat adik Amar yang masih berada di wad. Semoga Allah memberinya kesembuhan dan dapat kembali bersama adik2 UA.

Ummu Muhamad said...

Peristiwa kuarantin tempoh hari sebenarnya memberi pengajaran kepada kita agar memandang isu kebersihan ini secara serius. Kita sangat berharap agar pihak pengurusan terutamanya Tuan Pengetua lebih tegas dalam menangani isu kebersihan ini.
Apa yang kita lihat, bukan saja bilik air secara keseluruhannya perlu mempunyai penyelenggaraan yang teratur, malah kawasan persekitarannya juga perlu dibersihkan secara total. Umpamanya, kawasan surau yang bertentangan dengan asrama putera, masih banyak lagi kesan2 'construction' seperti pasir dan sebagainya walaupun kerja2 tersebut sudah lama selesai. Ini sungguh penting kerana ia boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan seumpamanya.

Bilik air surau walaupun cantik dan baru,(lelaki dan perempuan) tidak menggambarkan bilik air tempat ibadat orang Islam dari segi kebersihannya. InsyaAlah, dengan pengurusan yang lebih SERIUS, TEGAS dan TERATUR, perkara-perkara di atas akan dapat ditangani bersama.

Walaubagaimanapun, kita mengucapkan terima kasih di atas usaha yang telah dilakukan setakat ini. Marilah kita buktikan ciri2 ululalbab yang telah digariskan di dalam kitab suci Al-Quran.

munadhia said...

teringin juga mahu turun jumpa adik2. tapi, sy jauh brada di bumi Gombak. insyaAllah, andai berkelapanga, sy turun utk berikan sdikit prkongsian dgn adik2.