Tuesday, July 7, 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGHORMATAN PENGETUA SEM 1 2009

Seramai 89 pelajar UA ( 49.9%) telah berjaya mendapat PNG 3.50 keatas dan telah mendapat sijil Penghormatan Pengetua semasa perhimpunan maktab 5hb Julai. 3 pelajar terbaik Nuradhiya Nabiha bt jantraz, Muhd Aiman Syamil bin Aziz dan Amir Imran bin Mohd Fadli mendapat PNG 3.94. ( Teruskan usaha sehingga mendapat PNg 4.0 pada semester depan).

9 comments:

D'Simpang said...

tahniah kpd semua warga pendidik,pentadbir mrsm,tahniah kpd pelajar yang berjaya mendapat anugerah.Kejayaan mrsm koputra adalah adalah lebih manis dengan sumbangan anda semua

GhuFraN JUniOr said...

assalamualaikum,kalau boleh tolong senaraikan kedudukkan keseluruhan pelajar tingkatan satu...bolelah saya melihat prestasi kakak saya.

Mohd said...

Diharap pelajar2 yang terbaik ini juga merupakan antara yang terbaik di dalam hafazan. Barulah seimbang. Menepati ululalbab....

Anonymous said...

Assalamualaikum, harap pihak mrsm kota putra dapat menimbangkan kembali keputusan tidak membenarkan ibubapa menghantar anak hingga kekawasan asrama sewaktu balik, lebih2 lagi apabila pelajar membawa barang yg banyak, takkan lah pelajar nk pikul beg, baju yg dah bergosok, makanan2 dibawa dari rumah.
Jarak pondok jaga dengan asrama adalah jauh, kecuali bagi pelajar yg tidak membawa apa2 keperluan. Pihak jaga bolih mengambil pengenalan diri ibubapa yg menghantar hingga kekawasan asrama dengan memberikan pas lawatan seperti yg diamalkan disekolah2 lain. Sekiranya perlu sewaktu ibubapa keluar pihak jaga bolih memeriksa kenderaan tersebut. Bukankah elok kalau ibu bapa diberi peluang, sekurang2 nya sebulan sekali meninjau kawasan tempat tinggal anak2. Jangan lah kerana nila setitik rosak susu sebelanga, seolah2 kami semua ibubapa melakukan kesalahan yg sama, sedangkan secara keseluruhan ibubapa tentulah mementingkan anak2 sehingga sanggup berkorban datang tidak kira jauh semata-mata untuk merapatkan lagi hubungan dgn pihak sekolah. diharap perkara ini dapat dibincangkan dan diselesaikan dengan cara yg lebih bijak demi kebaikkan dan keselesaan semua pihak.tq ibubapa yg perihatin

Ana Abdullah said...

Mohon sangat agar Principal tolonglah respon pd masalah2 yg diutarakan oleh ibubapa. Satu perkara lagi mohon dipantau tentang roll call dan latihan yg dilakukan sehingga lewat mlm. Terima kasih di atas segala tindakan yang diambil.

Anonymous said...

Assalamualaikum saya setuju dengan pendapat untuk memebenarkan kembali dapat menghantar anak ke kawasan asrama. dulu saya puji malah siap war-war pada memeber bagaimana telus dan sempurnanya kopu dalam membina hubungan ibubapa dan anak di kopu. dulu boleh masuk setakat parking bas sekarang kat luar pagar je. next time kena buat appointment dan next lagi mungkin kat trafic light mana tahu. harap pertimbanngkan .

Anonymous said...

salam .
harap dapat pihak pentadbiran sekolah dapat memberi penjelasan kenapa kami ibubapa tidak dapat lagi masuk ke kawasan sekolah. stiker kereta sudah di beli. kami masuk pun jumaat sabtu jumpa anak sahaja. sedih lihat anak bawa barang berat masuk. anak saya pun dah malas nak jumpa kami. harap dapat di pertimbangkan

Anonymous said...

anak tuan pengtua macamana. jumpa di luar jugakah macam kami ? harap tak ada double standard.

Anonymous said...

Salam!
Tahniah kepada MARA khasnya MRSM atas inisiatifnya mewujudkan sebuah MRSM yg bercirikan al quran dalam melahirkan generasi yang bakal punyai asas quran yang kukuh.
Semoga usaha murni ini bakal membuahkan hasil dan menerima ganjaran Allah swt sewajarnya.

Kebelakangan ini dilaporkan berlaku beberapa insiden kecurian, pergaduhan termasuklah gangguan ibubapa yg kurang waras pemikirannya dalam menyelesaikan krisis anak2.Justeru, ini jelas menggambarkan kealpaan dan kelalaian pihak pengurusan MRSMKOPU terhadap perjalanan sistem keselamatan yang diamalkan selama ini.

Akibatnya pihak pengurusan mAKTAB telah mengambil jalan singkat tanpa memikirkan kesan terhadap pelanggan dan ibubapa pelanggan.

Seharusnya satu tindakan wajar yang mencerminkan kebijaksanaan dan keintelektualan warga maktab diambil bagi menangani masalah seumpama ini dengan mengambilkira aspek "win-win situation" bagi semua pihak. Namun, keputusan yang diambil jelas menunjukkan tindakan sambil lewa tanpa langsung mengambilkira dan memikirkan pihak pelanggan dan ibubapa pelanggan.

Bayangkanlah ibubapa yg datang dari jauh semata-mata untuk bertemu mata dgn anak2 tidak berpeluang melihat mata anak dek kerana kesukaran akibat peraturan yang sama sekali jelas "tidak cerdik" dan sememangnya langsung menunjukkan "kezaliman" dan "kejahilan" pihak pengurusan MRSMKOPU dalam mencari langkah bijak dan terbaik dalam usaha menangani insiden yang pernah berlaku.

Banyak langkah boleh diambil yang mungkin dianggap lebih "bijak" dan "bertamadun" selain daripada peraturan sekarang.

Diharapkan pihak pengurusan MRSMKOPU dapat meluangkan masa sejenak membaca dan memikirkan apa yang dilontarkan oleh para pelanggan dan ibubapa pelanggan terhadap permasalahan ini agar tidak terus bersifat "mendera". Bertindaklah sekarang agar MRSMKOPU terus beriklim kondusif sebagai sebuah pusat akademik melalui pembudayaan alQuran!. Fikirkanlah satu mekanisme yang terbaik dan bijak selaras dengan ke gah-an misi dan visi MRSM itu sendiri..

Sesungguhnya MARA adalah maju ke hadapan bukannya GOSTAN ke belakang.

Sekian, wassalam