Saturday, January 2, 2010

AHLAN BINA BI AMIN JADID


Tahniah kepada adik2 UA yang dapat mencapai target 10 juzu' malah ada yang melebihi dari itu. Di dalam tahun baru ini, perlulah kita menanam azam yang baru dan perlu lebih bersabar untuk menghadapi kehidupan di asrama. 2 Minggu dari sekarang , batch ke-2 akan mula mendaftar. Tidak sabar rasanya untuk mendapat adik form 1 yang baru untuk turut serta menghafaz ayat2 suci Al-quran.

20 comments:

UmmiSofea said...

ASSALAMUALAIKUM UTK SEMUA ANAK-ANAK DI UA. ALHAMDULILLAH KALIAN SEMUA AMAT BERTUAH KERANA BERPELUANG MENIMBA ILMU DI UA.

Pada 21.12.2009, saya juga sempat ke sana menghantar anak sulong menjalani temuduga. Seramai 1,100 lebih calon yang datang untuk temuduga dari seluruh pelusuk negeri. Walaubagaiaamnpun hanya 90 lelaki dan 90 perempuan sahaja yang akan dipilih.Ramai ibubapa yang kecewa kerana pengambilan yang terlalu sedikit.

2 hari lepas saya dapat keputusan yang anak saya gagal untuk menjadi warga UA. Hanya Tuhan yang tahu betapa sedih dan pilunya.... sememangnya saya dan suami amat berminat dan mengharapkan anak saya dapat menimba ilmu di sana, tapi apakan daya, bukan rezeki kami ..

Saya amat berharap pihak MRSM dapat menambahkan lebih banyak lagi MRSM tahfiz Ulul albab memandangkan pemintaannya teramat-amat tinggi. Ibubapa sudah mula sedar tentang kepentingan al-quran sebagai penyuluh hidup, oleh itu sudah tiba masanya pihak kerajaan memperbanyakkan sekolah-sekolah yang berkonsepkan sains-tahfiz.

.... sedikit luahan hati dari seorang ibu di Johor Bahru

houseofkhat said...

Kunci kejayaan temuduga ke MRSM UA adalah berjaya menghafaz satu muka surat al-quran yang telah ditentukan pada hari temuduga tersebut.

Ada di antara calon yang telah menghafal 1 atau 2 juzuk al-quran sebelum mereka datang temuduga. Calon begini mempunyai kelebihan untuk berjaya dalam temuduga.

Persaingan untuk mendapat tempat ke MRSM UA sangat sengit. JAdi ibubapa yang berniat untuk memasukkan anak mereka ke UA harus membuat persedian yang rapi. Anak2 mesti dilatih untuk meghafaz sejak awal-awal lagi, disamping dapat menjawab soalan biasa dalam bahasa Inggeris.

diharap UMMUsofea tidak berputus asa untuk membuat persediaan anak yang berikutnya. Mungkin persedian awal serta doa yang berterusan akan diberkati Allah dan anak kakak akan dapat peluang belajar di sini. Insyaallah.

zamil said...

Salam, anak saya juga menghadiri temuduga ini tapi gagal.Saya kecewa apabila melihat anak kecewa..apatah lagi anak saya memang benar-benar berminat. Bukan tidak ada persediaan..kerana Anak saya telah menghadiri kelas hafazan sebaik sahaja habis UPSR..Pada mulanya sekadar suka2 sahaja tapi Alhamdulillah dalam masa 2 bulan telah hafal semua surah2 utama dan sewaktu ditemuduga baru masuk juz 1. Pada saya,terdapat ketidakadilan disini kerana terdapat calon yang dah menghafal bukan saja juz 1 atau 2 tapi sehingga juzuk 6!! Manakan tidak satu tahun, 1 juzuk...6 tahun 6 juzuk la...Ini kerana mereka bersekolah di Tahfiz sedangkan anak2 lain bersekolah harian biasa. Pihak yang menggubal soalan sepatutnya fikirkan hal ini terlebih dahulu...bila ditemuduga pula perlulah surah2 yang terkebelakang...lagipun penghafalan bermula dengan surah2 utama bukan terus masuk juz 1..anak2 yg lepas upsr sudah tentu tidak sempat untuk menghafal hingga juz 2..anak-anak yang bersekolah harian biasa mengambil masa 1 jam sahaja sehari untuk menghafal berbanding dengan sekolah tahfiz...sepatutnya surah yang diuji dalam masa 30 minit itu surah yang belum dihafal oleh mana-mana murid atau bukan daripada surah2 yang terawal. Baru adil namanya. Kalau begitu pihak MARA buka sahaja tawaran ini hanya untuk pelajar Tahfiz... Habis cerita... :)

Salina Hj. Kassim said...

Saya kurang setuju dengan comment Saudara Zamil. Alhamdulillah, saya bersyukur anak saya berjaya memasuki MRSM UA. Saya yakin ini adalah atas merit dan bukan ketidak-adilan seperti yang didakwa. Surah yang perlu dihafal dalam 30 min itu adalah surah baru untuk anak saya...

Pada pendapat saya, proses temuduga itu lebih menguji kebolehan dalaman diri pelajar tersebut. Ini termasuk kebolehan menghafal yang memerlukan daya konsentrasi yang tinggi serta mampu menangani keadaan yang stressful memandangkan masa yang terhad.

Walau bagaimana pun, untuk megelakkan ketidak-adilan, saya setuju jika surah yang diuji itu dipilih secara random, bukan dari surah yang terawal.

MIJ said...

Syukur alhamdulillah! Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya saya apabila anak saya terpilih untuk program ulul albab. Melihat kepada komen saudara Zamil, saya merasa terkejut juga dengan persediaan anak-anak yang lain kerana anak saya belajar di sekolah rendah harian biasa ditambah sekolah kafa integrasi pada sebelah petang. Sejak saya mula belajar menghafal surah-surah lazim, saya terapkan juga kepada anak-anak, dan mereka sempat menghafal surah mukaddam. Saya doakan anak saya mampu bersaing dengan semua anak-anak yang hebat ini, dan semoga semua anak-anak berjaya dengan cemerlang. Insyaallah.

faiizi said...

maksud saya suruh mereka menghafal mana2 juzuk atau surah adalah supaya mereka sudah terbiasa dengan proses menhafal, tidak semsestinya ayat yang ditanya itu dari juzuk satu atau dua, tapi proses latihan menghafaz mereka telah terbiasa, apabila diajukan satu muka surat manapun dalam al-quran untuk mereka hafal, mereka dapat menghafal dengan mudah.
Kkalau mereka sudah berlatih, sudah hafal tetapi masih gagal membacanya didepan penemuduga, itu masalah lain pula.. masalah gugup dan takut...

Jalecomesokmo71 said...

Salam... nanti, lpas keputusan UPSR diumumkan, berebut-rebut pulak la mak bapak pergi ke mana-mana cawangan MRSM atau Pejabat MARA untuk dapatkan no. pin. maka terserlah la lak pengharapan mak bapak ya untk melihat anak-anak kesayangan dapat masuk MRSM Tahfiz setelah mendaftar dan may be dapat hadir temuduga.... apa pun, adil atau tak.... Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui... Apa pun jua, semuanya telah tercatat di mana rezeki kita? Ajal kita? Jodoh kita... So, setelah kita berusaha, berikhtiar, maka bertawakallah.... kita hanya merancang, hanya Allah S.W.T yang menentukan... kita dengan perancangan kita, Allah S.W T dengan perancanganNya.. tetapi sudah tentu perancangan dari Allah S.W.T yang maha hebatnya...... Amin... Wassalam

hisam said...

Subhanallah, betapa bertuahnya anak-anak di UA, semoga kalian semua akan sentiasa berada dibawah lembayung rahmat Allah swt, saya juga berharap anak saya akan bersama-sama berada di kelompok kalian yang sentiasa bermain dibibir hafazan ayat suci al-quran, bagaimana caranya nak masuk ke UA ?

Unknown said...

Assalamualaikum, boleh saya tahu surah apa yg pernah disoal pada tahun2 lepas ?

Anonymous said...

anak saya kena surah al-imran

Liya Muhamad said...

Allahurabbi..sebak ketika membelek-belek blog ini..melihat kesungguhan ibu bapa untuk mendapatkan yang terbaik buat anak2 dalam mencari ilmu dunia dan akhirat..

anak saya bakal menghadapi UPSR minggu hadapan (10/9/2013).. moga ada rezeki buat anak saya untuk menuntut ilmu di MRSM UA kelak..InsyaAllah..

Moga anak2 ini akan menjadi generasi ULUL ALBAB..amin..

Anonymous said...

Assalamualaikum..boleh saya tahu tentang etika pakaian semasa temuduga

Cindai said...

Sedih menatap tiap tinta. Airmata menitis jua. ya Allah permudahkanlah segala urusan hidup kami semua di dunia dan akhirat. Amin ya Allah...

Anonymous said...

pakaian semasa temuduga ialah baju seragam sekolah...

Anonymous said...

Salam semua, keputusan kemasukan tingkatan 1 2014 telah diumumkan 2 hari yang lalu. Alhamdullilah, anak saya berjaya terpilih. Walaupun berasa sedih kerana bakal berpisah dengan anak perempuan sulung saya kerana kami menetap di KL, namun apabila membaca luahan dan harapan ibubapa disini....saya jadi bersemangat semula. Terima kasih.
Saya doakan anak-anak lain juga akan berpeluang belajar di sini. Amin.

Admin, berapa ramaikah pelajar tingkatan 1 yang diambil utk tahun 2014? Terima kasih terlebih dahulu saya ucapkan.

Anonymous said...

Alhamdullilah ank saya trpilh wpun jauh ua kepala batas saya berdoa semoga dia dpt mjadi seorg hafizah insyallah

Anonymous said...

anak saya sekarang form 2 di UA.semasa temuduga dulu anak saya tak ada pengalaman hafal alquran.masa temuduga dia tak lancar dan tersekat sekat masa hafal quran.Saya langsung tak menaruh harapan anak saya akan dpt tawarn ke UA.Amat terkejut bila anak saya terpilih,saya menangis bila MARA sms anak saya berjaya.anak saya aktif sukan,dia wakil negeri dlm volleyball dan byk wakil sekolah dlm pertandingan,bila saya baca comment ibubapa yg anak kena lancar hafal aiquran, saya hairan mcm mana anak saya terpilih?Saya rasa MARA pertimbangkan juga anak yg aktif dlm sukan dan pertandingan walaupun tak lancar hafal alquran

Anonymous said...

Assalamualaikum. Bagi saya itulah keadilan. Budak2 sekolah agama belajar selama 6 tahun + 2 thn di tadika Islam, jadi kenapa tak sediakan anak dari umur 5 atau 6 thn lagi?

Unknown said...

surah apa yg ditanya semasa sesi temuduga

AlimySabrina said...

Ye saya pun nak tahu surah apa yang biasa ditanya ms temuduga