Sunday, February 7, 2010
LAGI GAMBAR TREKKING KE BUKIT KLUANG
Bertuah juga kerana dekat dengan Bukit Keluang, bolehlah daki selalu. 45minit ke 1 jam mendaki, dan 15-20 minit turun. Selepas solat Jumaat , kira-kira jam 3.45 petang pendakian dimulakan dengan disertai oleh 25 orang pelajar lelaki ting 2, 12 orang pelajar lelaki tingkatan 1, 4 orang pelajar perempuan tingkatan 1, 15 orang pelajar lelaki tingkatan 4 dan 5 dari kelab fotografi dan 8 orang pelajar perempuan tingkatan 3, 4 dan 5 dari kelab fotografi.
Abang dan kakak senior menjadi 'guider dan trekker' disamping menjaga keselamatan pelajar yang mendaki.
Bagi yang kali pertama naik , memang mengujakan, permandangan indah laut pulau pasir dan pantai amat menenangkan jiwa peserta. Kami menghabiskan hampir 45 minit berada dipuncak menikmati keindahan alam.
Alhamdulillah mereka semua amat hebat , tiada yang mengaku kalah dan semuanya sihat walfiat. Ada peluang pasti nak mendaki lagi.
Labels:
IJTIHADIK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment