Laporan Hafazan Al-Quran Tingkatan 2 Bulan Februari 2010
2 comments:
D'Simpang
said...
Terima kasih kepada semua warga pendidik MRSM Koputra.Paparan keputusan hafazan feb memperlihatkan tuan-tuan membuat anjakkan paradigma.Saya sangat setuju dengan kaedah paparan sediada,bukan sekadar untuk kita membuat perbandingan malah yang lebih utama ialah moral support ibubapa terhadap anak agar semua pelajar ululalbab sentiasa sedar dan berusaha lebih gigih.Yang hebat kena sedar bahawa dibelakang mereka akan sentiasa ada orang lain yang ingin merampas kedudukan mereka dan yang ketingalan sentiasa sedar bahawa mereka perlu ada taktik untuk merampas kedudukan teratas.Saya doakan semoga semua warga pendidik MRSM Koputra dan keluarga sentiasa sihat dan dipermudahkan Allah dalam segala urusan.ALLAHUMA YASSIR WALA TU AS'SIR.
Assalamualaikum..... Alhamdulillah. Dari lapuran bulanan memperlihatkan kesungguhan warga pendidik dan pelajar UA. Jika dinilai segala kesungguhan dan bakti warga pendidik UA tiadalah dapat dibuat perbandingan. Ini kerana apa yang dicurahkan adalah sebagai bekalan dunia dan akhirat. Kita sebagai ibubapa amat berbangga dengan pencapaian anak-anak kita, bahkan kita rasa amat berbangga hanya kerana anak kita ditempatkan dalam program UA. Kita selalu menyatakan syukur kepada Allah SWT kerana menempatkan anak kita dalam program ini. Namun kelihatannya Allah SWT sedang menguji kita, setakat mana kesanggupan kita berkorban dijalan Allah SWT. Adakah kita relakan anak kita menhafal Al-Quran kerana kita merasakan segalanya akan ditanggung oleh pihak yang kita katakan berwajib (pihak kerajaan) atau dengan kesedaran sesungguhnya kita inginkan anak-anak kita akan menjadi antara penjaga/pewaris Al-Quran. Jika yang kita pilih adalah yang kedua pastinya kita sanggup mengorbankan walau apa jua demi melihat kejayaan anak-anak kita, kerana yakinnya kepada janji-janji Allah SWT. Begitu banyak janji-janji Allah SWT dalam Al-Quran bagi para pejuang agamanya - dalam bentuk apa jua perjuangan yang memberi manfaat bagi agama Allah SWT. Jika ini kita yakini 100% pastinya kita sanggup memberi keutamaan dan komitmen 100%. Apa yang menjadi masalahnya, kita merasakan pihak yang berwajiblah (pihak kerajaan) menyediakan segala keperluan untuk anak kita. apa yang kita banggakan adalah pencapaiannya, bukan setakat mana sumbangan kita untuk kejayaannya. Kita mahu anak kita menghafal Al-Quran tetapi setakat mana yakinnya kita kepada kandungan Al-Quran. Janji-janji Allah SWT dalam Al-Quran dan segala hukum-hakam syariat dalam Al-Quran. Apabila pihak UA minta sumbangan dari kita untuk anak-anak kita, bagaimanakah sambutan kita. Yakinlah bahawa tidak sampai kepada kits seseorang yang meminta melainkan Allah yang menghantar seseorang itu kepada kita. Mungkin ini kerana amal kita kepada Allah SWT, samada Allah SWT ingin menguji kita atau meningkatkan darjat kita, itu semua hak Allah SWT. Kewajipan bagi kita ialah memenuhi permintaan itu. Kita sering memohon syurga Allah SWT, mungkin ini satu lorong yang Allah SWT bukakan untuk kita untuk mencapai permohonan kita itu. Yakinlah Allah SWT mengurniakan rahmatNya (syurgaNya) kepada mereka yang telah diuji. Kepada yang belum menyumbang.......
2 comments:
Terima kasih kepada semua warga pendidik MRSM Koputra.Paparan keputusan hafazan feb memperlihatkan tuan-tuan membuat anjakkan paradigma.Saya sangat setuju dengan kaedah paparan sediada,bukan sekadar untuk kita membuat perbandingan malah yang lebih utama ialah moral support ibubapa terhadap anak agar semua pelajar ululalbab sentiasa sedar dan berusaha lebih gigih.Yang hebat kena sedar bahawa dibelakang mereka akan sentiasa ada orang lain yang ingin merampas kedudukan mereka dan yang ketingalan sentiasa sedar bahawa mereka perlu ada taktik untuk merampas kedudukan teratas.Saya doakan semoga semua warga pendidik MRSM Koputra dan keluarga sentiasa sihat dan dipermudahkan Allah dalam segala urusan.ALLAHUMA YASSIR WALA TU AS'SIR.
Assalamualaikum.....
Alhamdulillah. Dari lapuran bulanan memperlihatkan kesungguhan warga pendidik dan pelajar UA.
Jika dinilai segala kesungguhan dan bakti warga pendidik UA tiadalah dapat dibuat perbandingan. Ini kerana apa yang dicurahkan adalah sebagai bekalan dunia dan akhirat.
Kita sebagai ibubapa amat berbangga dengan pencapaian anak-anak kita, bahkan kita rasa amat berbangga hanya kerana anak kita ditempatkan dalam program UA. Kita selalu menyatakan syukur kepada Allah SWT kerana menempatkan anak kita dalam program ini.
Namun kelihatannya Allah SWT sedang menguji kita, setakat mana kesanggupan kita berkorban dijalan Allah SWT. Adakah kita relakan anak kita menhafal Al-Quran kerana kita merasakan segalanya akan ditanggung oleh pihak yang kita katakan berwajib (pihak kerajaan) atau dengan kesedaran sesungguhnya kita inginkan anak-anak kita akan menjadi antara penjaga/pewaris Al-Quran.
Jika yang kita pilih adalah yang kedua pastinya kita sanggup mengorbankan walau apa jua demi melihat kejayaan anak-anak kita, kerana yakinnya kepada janji-janji Allah SWT.
Begitu banyak janji-janji Allah SWT dalam Al-Quran bagi para pejuang agamanya - dalam bentuk apa jua perjuangan yang memberi manfaat bagi agama Allah SWT. Jika ini kita yakini 100% pastinya kita sanggup memberi keutamaan dan komitmen 100%.
Apa yang menjadi masalahnya, kita merasakan pihak yang berwajiblah (pihak kerajaan) menyediakan segala keperluan untuk anak kita. apa yang kita banggakan adalah pencapaiannya, bukan setakat mana sumbangan kita untuk kejayaannya.
Kita mahu anak kita menghafal Al-Quran tetapi setakat mana yakinnya kita kepada kandungan Al-Quran. Janji-janji Allah SWT dalam Al-Quran dan segala hukum-hakam syariat dalam Al-Quran.
Apabila pihak UA minta sumbangan dari kita untuk anak-anak kita, bagaimanakah sambutan kita. Yakinlah bahawa tidak sampai kepada kits seseorang yang meminta melainkan Allah yang menghantar seseorang itu kepada kita. Mungkin ini kerana amal kita kepada Allah SWT, samada Allah SWT ingin menguji kita atau meningkatkan darjat kita, itu semua hak Allah SWT. Kewajipan bagi kita ialah memenuhi permintaan itu. Kita sering memohon syurga Allah SWT, mungkin ini satu lorong yang Allah SWT bukakan untuk kita untuk mencapai permohonan kita itu. Yakinlah Allah SWT mengurniakan rahmatNya (syurgaNya) kepada mereka yang telah diuji.
Kepada yang belum menyumbang.......
Post a Comment