Satu jamuan untuk meraikan kegemilangan pelajar - pelajar yang meraih straight A dalam peperiksaan SPM dan PMR yang lepas telah diadakan pada 29 April yang lalu. Pelajar dan guru telah diberi penghargaan oleh pengetua dalam satu majlis penyampaian sijil dan hadiah. Pelajar dan bekas pelajar telah diundang khas bersama ibubapa mereka untuk bersama-sama menyertai majlis ini. Majlis ini turut disempurnakan oleh Pengarah MARA Negeri Terengganu En. Razali Nurdad.
Diharap majlis seperti ini akan memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar lain serta ibubapa agar dapat terus memberikan motivasi , semangat dan sokongan demi kecemerlangan anak-anak dalam peperiksaan.
1 comment:
tahniah kepada pelajar n guru2...
p/s; Selamat Hari Guru!!
Post a Comment