Monday, July 5, 2010

KEM TAHQIQUL QURAN


Program ini diadakan bagi memperkasakan lagi tahap kemampuan sedia ada pelajar serta pendedahan yang
lebih luas dalam bidang al Quran. Dikaitkan dengan kekangan masa pelajar-pelajar Ulul Albab dalam tempoh pengajian mereka yang didedahkan kepada sukatan pelajaran secara ”campacting”, maka tumpuan dan penghayatan mereka tidak dapat menjurus sepenuhnya terhadap hafazan
ayat-ayat al Quran. Dengan itu program ini dilaksanakan bagi menjuruskan masa dan penghayatan mereka terhadap al Quran itu pada tahap yang tertinggi. Insya Allah..


Objektif
1. Meningkatkan kembali semangat, komitmen dan penghayatan kepada hafazan al - Quran
2. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang keistimewaan dan keindahan serta kehebatan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al - Quran
3. Memupuk semangat kepimpinan dan kerja berpasukan di kalangan pelajar








8 comments:

Azlan Abdullah said...

syukur kpd Allah kerana mengilhamkan pihak sekolah utk menganjurkan aktiviti seperti ini, agar ia dapat mengembalikan semangat pelajar2 utk terus berusaha disamping sedar akan tanggungjawab sebagai hamba Allah yg lemah. Tahniah ...

wassalam

Che' Mat said...

Alhamdulillah pihak UA dapat melaksanakan program untuk para pelajar UA walaupun dalam keadaan berjimat cermat. Semoga dapat memberi kesedaran kepada ibubapa betapa perlunya menyumbang kepada Tabung Dana UA.
Saya juga amat mengharapkan agar Program Imam Muda UA dapat dijayakan sepertimana yang dirancang. Semoga ada surau dan masjid yang sedia menerima para Imam Muda ini untuk mengimamkan Solat Sunat Tarawih.

UST ADZLI said...

ALHAMDULILLAH PIHAK KAMI TELAH MERANCANG LAMA DAH TENTANG POGRAM IMAM MUDA. ADA MASJID YAG TELAH IKAT KONTAK DENGAN KITA. KITA AKAN LATIH PELAJAR UTUK JADI IMAM DALAM MINGGU AKTIVITI INI .

ustadzli said...

insyaallah kami akan laksanakan kem bahasa arab pula....kami menantikan sokongan anda

Hajjah Zii said...

Tahniah dan teima kasih banyak kpd semua tenaga pengajar yang begitu proaktif di dalam merencanakan program utk anak2 ululalbab. Semoga Allah memberi ganjaran yang sewajarnya.
Mengenai sumbangan, saya ingin mencadangkan agar pihak sekolah edarkan surat melalui anak2 kpd ibubapa yg menerangkan akan betapa pentingnya pihak ibubapa menyumbang terutamanya melalui kewangan. Makalumat melalui blog sj tidak mencukupi kerana tidak semua ibubapa yg IT/ICT celik. Malah yg professional pun ada yg x pernah/ x rajin menziarahi blog ululalbab ini. Tetapi mereka ini tidak keberatan utk memberi sumbangan jika diberitahu. Jadi, cadangan saya, pihak sekolah juga perlu proaktif di dalam menambah tabung ululalbab di samping ibubapa pun sampai2kanlah kepada rakan2 kita yg x tahu pun apa yg sedang berlaku di sekolah kerana x semua pelajar yg menceritakan kpd ibubapa mrk akan perkembangan sek. Utk makluman, sy agak terkejut juga baru2 ini kerana masih ada lagi ibubapa yg x tahu pun akan ujudnya tabung ululalbab ini.
Sekian, terima kasih.

Che' Mat said...

Terimakasih kepada Ustaz Adzli atas jawapan yang meyakinkan. Diharap dapat nanti dinyatakan para Imam muda dan Masjid tempat mereka ditugaskan. Mungkin ada para ibubapa yang berkesempatan ingin bersolat dibelakang anaknya sebagai Imam.

Ibu AS said...

Saya setuju sgt2 dengan cadangan Hajjah Zii, kalau pihak sekolah saja yang tahu aktiviti anak2 UA tapi ibubapa tak tau apa2, apa kata saya cadangkan pihak UA buat pula seminar keibubapaan yang mana saya percaya boleh menyedarkan kita para ibubapa betapa beratnya peranan sebagai ibubapa....

Haji (KL) said...

1. Tahniah dan Syabas kepada Ust Adzli diatas komitmennya yang tinggi dalam memastikan Program Imam Muda Ulul-Albab di MRSM KOPU ini menjadi kenyataan.

2. Tahniah dan Syabas juga kepada pelajar-pelajar yang terpilih untuk mengikuti Program Imam Muda dan seterusnya akan menjadi Imam Terawikh di Masjid yang terpilih di Bulan Ramadhan nanti.

3. Ambillah amanah dan tanggungjawab sebagai Imam ini dengan penuh ikhlas, tawadduk dan rela-hati moga-moga mendapat keredhoan Allah.

4. Program Imam Muda MRSM KOPU ini adalah platform yang terbaik kepada pelajar-pelajar untuk membentuk jatidiri dan sifat-sifat kepimpinan dalam menyerlahkan imej Pelajar Ulul-Albab.

5. Tak sabar rasanya nak melihat dan menjadi makmum kepada Imam Muda (MRSM KOPU) semasa Solat Terawikh di Bulan Ramadhan nanti.

6. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita insya-Allah.