Monday, August 15, 2011

Ceramah sempena Nuzul Quran-Halawatul Iman

 bacaan Al-quran oleh Adik Mohammad Syakirin dari kelas 1C

 Ustaz sedang bersemangat memberikan ceramah.

 para hadirin yang terdiri dari guru, staff dan pelajar.


Ustaz Mohd Taufik Tee bin Abdullah dari Bahagian Dakwah , Jabatan Agama Islam Kelantan.
Sesi perkongsian ilmu dan pengalaman yang bermakna yang mana Ustaz telah menceritakan bagaimana beliau di anugerahkan hidayah oleh Allah SWT dan mula memeluk Islam semasa berada di Tingkatan 6.
Dapatan :

1. Kenapa pilih Islam
a.            Memahami Al_quran sebelum bergaul dengan orang Melayu Islam. Membaca tejemahan al-Quran dalam bahasa Mandarin di perpustakaan sekolah.
b. Islam agama yang benar dan diredhai oleh Allah.
C. Islam agama yang paling mulia
d. Islam agama yang sempurna.
e. Hidup manusia ada hadnya- satu hari dia akan mati. Alangkah rugi jika mati dalam keadaan tidak beriman.

2. Cara bergaul dengan Al-quran
a. mulut membaca
b.telinga mendengar
c. akal memahami
d.hati merasai
e.diri bersedia untuk beramal.

3. haq-haq al-Quran kepada seorang muslim
a. belajar hingga boleh baca
b.baca hingga faham
c. baca hingga hafaz
d. baca hingga dapat ajar orang
e. baca hingga dapat memasyarakatkannya
f.baca hingga dapa mendaulatkannya.

1 comment: