Tip dan panduan bagaimana nak memasuki dan mengikuti pengajian di MRSM Kota Putra bagi pengambilan 2012.
1. Calon UPSR 2011 mesti mengambil nombor pin di Pejabat MARA Daerah atau MRSM terdekat dengan menyertakan salinan slip keputusan 5A UPSR dan salinan surat beranak.
2. Isi borang secara online seperti yang terdapat dalam post sebelum ini
sila klik : http://ululalbabkoputra.blogspot.com/2011/11/panduan-kemasukan-ke-tingkatan-1-mrsm.html
3. Pastikan anda memilih Program Ulul Albab IGCSE , dan MRSM Kota Putra sebagai pilihan pertama.
4. Sementara menunggu penggilan temuduga berlatihlah MENGHAFAZ satu muka surat dari mana-mana mukasurat dalam surah al-Baqarah. Ini sangat PENTING , memandangkan persaingan untuk mendapat tempat adalah SANGAT sengit, anda yang telah melatih diri untuk menghafaz akan mendapat kelebihan berbanding yang lain. Kriteria , fasih membaca al-Quran dan mampu menghafaz adalah perkara yang amat dititikberatkan kerana pelajar nanti akan menghadapi hafazan dan tasmi' pada setiap hari. Semasa temuduga anda hanya ada masa 20-30 minit sahaja untuk menghafaz 1 muka surat al-quran. Selepas 20/30 minit anda akan memperdengarkan semula apa yang dihafaz di hadapan penemuduga.
5. Perkara kedua penting adalah keyakinan diri semasa ditemuduga, calon yang tidak gugup, menjawab dengan tenang dan fasih. Pada tahun 2012 program IGCSE akan diperkenalkan kepada pelajar tingkatan 1. Soalan temuduga berkisar tentang latarbelakang pelajar dan program Ulul Albab IGCSE akan disoal dalam bahasa Inggeris . Dalam menghadiri mana-mana temuduga pun, buatlah PERSEDIAAN. Jangan datang berlenggang tanpa persediaan. BERLATIHLAH DAHULU. Buatlah jangkaan soalan apa yang bakal ditanya, latihlah untuk menjawab. Begitu juga soalan kefahaman Bahasa Inggeris. Sekali lagi ditegaskan permohonan pada setiap tahun untuk memasuki MRSM ini melebihi seribu orang dan tempat yang ditawarkan di MRSM ini hanyalah 180 orang. Jika anda serius mahukannya, seriuslah dalam membuat persediaan.
6. Berdoalah banyak-banyak kepada Allah, semoga Allah memilih untuk mengikuti pengajian di sini....
Sila rujuk post lalu
http://ululalbabkoputra.blogspot.com/2009/12/temuduga-pelajar-baru-2009.html
untuk mengetahui proses temuduga pelajar pada tahun 2009. Tahun 2011 akan akan sedikit perubahan dan tambahan ujian kefahaman Bahasa Inngeris, matematik dan sains untuk disesuaikan dengan program baru IGCSE.
1 comment:
Borgata Hotel Casino & Spa - JTR Hub
Located in septcasino Atlantic City, Borgata Hotel Casino & Spa offers herzamanindir.com/ the jancasino.com finest https://jancasino.com/review/merit-casino/ in www.jtmhub.com amenities and entertainment. It also provides a seasonal outdoor swimming
Post a Comment