Monday, March 11, 2013

Multaqa PMR&SPM 2013 MRSM KOTA PUTRA

Tarikh :    31 Mac 2013 ( Ahad )

Aturcara :

9.00 pagi      - Pendaftaran
9.30 pagi      - Taklimat
10.30 pagi    - Minum pagi
10.45 pagi    - Sesi dailog Ibubapa dan guru
12.00 pagi    - Majlis Bersurai

Semua ibubapa tingkatan 3 dan 5 dijemput hadir.

Pelajar ting3 dan 5 yang datang bersama keluarga dibenarkan pulang ke maktab pada Ahad 31 hb Mac 2013. Pelajar yang pulang sendiri dimestikan hadir pada hari Sabtu ; 30hb Mac sebelum pukul 6.00 petang

7 comments:

Anonymous said...

rank nombor brapa tahun ni??

Anonymous said...

~ Ranking SPM 2012 (result baru diumumkan pd 21/3/2013) ~ MRSM Kota Putra berada pd kedudukan ke 39 (2.57). MRSM Jasin pula berada pd ranking ke 1 (1.03)

~ Ranking SPM 2013 ... moga boleh improve ranking utk berada pd kedudukan 10 terbaik. Aamiiiin

Saya dimaklumkan bahawa pelajar Tingkatan 5 kini ber"sekolah" 6 hari seminggu kecuali hari JUMAAT.

Saya mencadangkan agar pagi hari JUMAAT juga mereka di"sekolah"kan dgn menyibukkan pelajar Tingkatan 5 dgn aktiviti di surau (selepas solat subuh) spt solat Dhuha, solat Hajat, Bacaan Yaasiiin dan lain lain

Jika tidak (saya merasakan), kebanyakan dari mereka ini akan TIDUR sahaja di bilik masing masing sedangkan peperiksaan SPM is "just around the corner"

Anonymous said...

Kita harus bagi peluang anak2 dan guru2 di dedahkan di ICT terkini. Sebagai contoh kaedah dakwah MUFTI ISMAIL MENK di contohi dan di hayati olih warga MRSM Kora Putra.
Ini lah peluang anak2 dan Guru2 cuba tingkatkan pengunaan bahasa Ingeris. Mungkin juga ada yang berpeluang untuk mempertingkatkan kebolihan Bahasa Arab.
Ini ada lah peluang untuk interaksi guru, warden dan murid2 di masa makan, belajar dan bermain.
Saya cadangkan 3 faktor penting perlu ditekankan utk kecemerlangan pelajar: 1)kebersihan asrama terutama sekali tandas dipertingkatkan. Pihak pentadbiran harus memastikan kerosakan tandas dan bilik asrama di perbaiki segera demi keselesaan pelajar. 2)warden bertugas disarankan makan bersama pelajar terutama sekali 'dinner' makan malam. Semasa bersama pelajar warden dpt mengetahui masalah pelajar dan mengenal pelajar dgn lebih dekat
3)Semua warden perlu berganding bahu utk memastikan semua pelajar sembahyang berjemaah setiap waktu
Dgn berkat doa semua guru ibubapa dan pelajar kecemerlangan MRSM KP Ulul Albab dpt dipertingkatkan pada tahun 2013 dan tahun2 seterusnya. InsyaAllah

Anonymous said...

assalamualaikum....

Tahniah kerana mengadakan multaqa.. maaf tidak boleh hadir namun ada beberapa cadangan:
1. Terima kasih kepada guru-guru yang mengajar.Pemerhatian saya.. spm 2011 dan 2012..result kualiti tidak ramai yang dapat penuh A+....jadi saya cadangkan pihak pengetua yang baru (tahniah... katanya dari MRSM taiping)dapat membuat perubahan/ transformasi dengan penuh hikmah dan realistik agar 80% jumlah pelajar mendapat straight A+ spm (10A+). Barulah dikagumi dan dicontohi program Ulul albab. Barulah boleh di'gah'kan atau dijual branding ini.

2. Pengetua baru boleh menjemput/ tukar berkhidmat di KOPU guru-guru pakar/penolong ketua bidang mata pelajaran dari MRSM Bitara (P Cepa, Ghafar Baba, Taiping, Langkawi)untuk memastikan visi dan misi Ulul albab tercapai.

3. Saya khuatir sekiranya, PK Akademik dan guru-guru yang lama (maaf)mengajar dalam bentuk dan pedagogi yang sama maka tidak mustahil rangking yang sama akan berulang...memang rugi program ulul albab. kemaafan dipinta. saya pun guru juga.

4. Transform tidak boleh secara drastik takut mengganggu/menjejaskan program yang ada.
5. Saya doakan yang terbaik kepada warga MRSM KOPU. Tahniah kepada semua. Maaf dipinta,

Assalamualaikum

Anonymous said...

Alhamdulillah ...

Saya & keluarga berpeluang menghadiri Multaqa PMR & SPM 2013 tempohari (31/3/2013). Jutaan Jazakumullahu khairan kathira ditujukan khas buat YB Dato Seri Idris Jusoh & isteri (yg sudi meluangkan masa seterusnya memberi motivasi terutama kpd para pelajar Tingkatan 3 & 5.

Terima kasih banyak banyak juga kerana pihak MRSM memberi ruang & peluang kpd para ibu / bapa / penjaga menzahirkan pandangan juga cadangan membina.

Saya selaku bapa kpd pelajar Tingkatan 5 ingin mencadangkan:

a) pihak MRSM merekodkan setiap cadangan / pandangan kami & seterusnya menyediakan pelan tindakan SO THAT bilamana diadakan multaqa berikutnya (YB Dato Seri Idris Jusoh mencadangkan selang 2 bulan) ~ kita semua boleh melihat sebarang progress (kemajuan)~ {mohon di war warkan sebarang maklumbalas dalam blog ulul albab}

b) pihak Warden (disamping makan bersama pelajar & membuat rondaan ketika waktu pelajar belajar selepas solat Isya') boleh juga bersolat jemaah bersama pelajar (Kepimpinan Melalui Teladan). InsyaAllah ~ semakin ramai pelajar LELAKI (khasnya) mengerjakan solat fardhu berjemaah ... semakin banyaklah PAHALA yang bakal Allah swt anugerahkan kepada para Warden sekalian.


Anonymous said...


Assalamualaikum ~ para pendidik (soleh & solehah) & pelajar yg bijaksana lagi berakhlak mulia

Berikut ~ di bawah di "extract sedikit info tentang keputusan cemerlang SPM 2012 utk para pelajar Maahad Muhammadi (P), Jalan Merbau, Kota Bharu, Kelantan.

Semoga maklumat ini mampu memberi "extra motivation" kpd para pelajar 1st Batch MRSM Kota Putra (Ulul Albab) dlm menempuh SPM 2013 yg bermula dlm November 2013


"TAHNIAH DAN SYUKUR KEPUTUSAN SPM 2012 ~ CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG


Maahad Muhammadi Perempuan sekali lagi menempa kecemerlangan apabila 109 pelajarnya mendapat 8A keatas. Seorang pelajar telah mendapat keputusan yang amat cemerlang iaitu Nurul Ain Afifah binti Shaharudin telah mendapat 11A+ dan dengan itu beliau adalah merupakan salah seorang pelajar terbaik Peringkat YIK dan merupakan satu daripada empat orang yang mendapat 11A+ di peringkat negeri Kelantan. Keputusan keseluruhan adalah 31 pelajar mendapat 11A, 22 pelajar memperolehi 10A, 20 pelajar mendapat 9A, 109 pelajar mendapat 8A dan 6A keatas seramai 229 pelajar. Tahniah diucapkan. Allahuakbar walillahilhamd.


SENARAI PELAJAR CEMERLANG 11A

Bil Nama Pelajar

1 NURUL AIN AFIFAH BINTI SHAHARUDIN

2 NADYAA AFIQAH BINTI AZERIN

3 NUR DINI BINTI AHMAD ZAWAWI

4 TENGKU FATTNIN ALYA' BINTI TENGKU KAMARUZAMAN

5 NOR AFINA BINTI MOHAMED ZULKIFLY

6 MA WEN HUI

7 NOUR HANAN DANIAH BINTI MOHD BAKHIT

8 NUR DIYANA BINTI MOHAMAD ROSLI

9 NUR DALILA BINTI AB RAHIM

10 HUDA BINTI A SHUKOR

11 NUR FARAH ATHIRAH BINTI MUHAMMAD

12 NUR JAWAHIRI BINTI AZMAN

13 SITI HAJAR BINTI ZABRI

14 NUR SOFWATI BINTI DAUD @ AB AZIZ

15 PUTERI AUNIE SABHAH BINTI SHUHAIMI

16 HIDAYAH BINTI A SHUKOR

17 HUSNA BINTI MOHD HUSSIN

18 NURFATIN BINTI CHE YAHYA

19 SARAH BINTI AHMAD SABRI

20 SHAHIRA SHUHADA BINTI MOHAMMED JAILANI

21 NADIA FATIHAH BINTI ROSLAN

22 ASFIHANI BINTI ZAINAL ABIDIN

23 ILYA BASHIERA BINTI HAMIZI

24 MURSYIDA BINTI MOHD SIDEK

25 NUR HAFIZAH BINTI ISMAIL

26 NURUL NASUHA BINTI GHAZALI

27 AMALINA BINTI ROSEDI

28 NURUL AQILAH BINTI MOHD YUSOF

29 HASNURUL IDAYU BINTI CHE RAZALI

30 SITI NOORSYAMIMI BINTI AHMAD SUFARDY

31 SHOLEHAH BINTI OMAR


Sekian

Wassalamualaikum




























Anonymous said...

Assalamualaikum
Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada pihak sekolah atas inisiatif-inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan.Sebagai ibu kepada pelajar mendoakan agar tuan/puan warga sekolah senantiasa diberikan Allah SWT kekuatan dan kesihatan dalam menjayakan harapan Multaqa yang lalu. Saya ingin mencadangkan beberapa langkah agar segala usaha pihak maktab akan membawa hasil yang cemerlang.
1.Dedahkan kepada semua pelajar hala tuju dan pelan tindakan kurikulum maktab agar semua dapat menghayati dan melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh.
2.Beri peluang setiap murid khususnya murid tingkatan 3 dan 5 agar membuat headcount mereka sendiri agar mereka lebih fokus.
3.Budayakan study group tetapi dibawah pemantauan guru semasa prep.Tetapkan subjek dan tajuk agar perbincangan lebih menjimatkan masa.Ini dilaksanakan di Maahad Muhamaddi Perempuan semasa anak saya belajar disitu.Letakkan setiap guru untuk menjadi fasilitator.Cth.Beri setiap murid dalam satu kumpulan bab berlainan dalam Kimia.Beri masa 1 minggu untuk memahami topik.Guru membantu mereka memahami.Berkumpul semula dan bincang tajuk yang ditetapkan tadi.Guru bersama melihat.Jika ada persoalan, tangguhkan soalan dan tanya guru yang mengajar Kimia.Cara ini menjimatkan masa mengulangkaji dan menyebabkan murid tidak membuang masa.Libatkan seramai mungkin guru.Guru dibayar elaun dari kutipan derma oleh IbuBapa.Disi IbuBapa memainkan peranan.
3.Menghabiskan sillabus mata pelajaran kritikal seperti mat.Tamb,Fizik, Kimia,Biologi secepat mungkin.Kalau boleh Mei.Latihtubi boleh dijalankan secepat mungkin.Murid perlu dilatih memahamkan kehendak soalan dan teknik menjawab soalan.Konsep boleh diperkukuhkan semasa latihtubi.Disisni boleh meminta bantuan guru-guru pakar atau guru menanda kertas berkenaan.
4.Kita berusaha, namun kita perlu tekankan usaha memohon bantuan dari Allah SWT.Aktiviti solat hajat perlu dilaksanakan oleh setiap murid setiap hari.Beri sedikit masa kepada mereka bersolat hajat setiap hari selepas Maghrib secara berjemaah kerana kita merancang, hanya Allah yang menentukan.Sebulan sekali boleh minta ibubapa bersama.Maktab tidak perlu siap makan minum.Ibubapa boleh menyumbang atau tak perlu makan kerana sekali sekala kita biasakan buat program tanpa makan.Kena jaga kesihatan juga.Ibubapa bersama beri semangat kepada anak-anak kita.
Diharap cadangan tidak mengguris hati mana-mana pihak.Terima kasih kerana membuka ruang ibubapa memberi pandangan.Terima kasih sekali lagi kepada semua ahli warga MRSM Ulul Albab.MRSM ULUL ALBAB INSYALLAH BOLEH