ATURCARA HARI PENYAMPAIAN
KEPUTUSAN SPM 2013
(20 MAC 2014)
8.30 – 10.30 pagi:
Bekas pelajar menyelesaikan sebarang
hutang dan mendapatkan sijil, majalah
maktab & slip keputusan.
11.00 pagi
: Majlis penyampaian keputusan
cemerlang
SPM 2013
- Para tetamu mengambil tempat
- Nyanyian
lagu ‘Negaraku’
- Nyanyian
lagu ‘Amanah Rakyat’
- Bacaan doa
- Bacaan Ayat
Suci Al-Quran
- Ucapan
alu-aluan Pengetua
MRSM Kota Putra
- Ucapan
Tetamu Kehormat
- Penyampaian
slip keputusan cemerlang
-
Penyampaian cenderamata
Semua bekas pelajar dinasihati supaya memakai pakaian yang sopan dan kemas semasa mengambil slip peperiksaan..
SEMOGA BERJAYA HENDAKNYA INSYA ALLAH
10 comments:
Assalamualaikum...
Saya bapa kepada pelajar 1st Batch Program Ulul Albab..
Bapa kepada pelajar yang baru menerima keputusan SPM.
Saya agak kecewa dengan keputusan anak saya. Adakah saya seorang? Apakah pihak MRSM KOPU berpuas hati dengan keputusan anak-anak murid yang seramai lebih kurang 180 orang itu? Apakah perkaitan P. ulul albab menjamin kejayaan akademik spm 2013?
sistem apapun tidak menjamin kejayaan anak-anak. Sistem tetap sistem. ada banyak faktor lain yang membeawa kejayaan pelajar selain dari sistem. Yang utama adalah sikap pelajar yang berada dalam sistem. Alhamdulillah anak saya berjaya dalam sistem ini... berjaya dengan cemerlang. tamat hafazan 30 juzuk ... terimakasih saya tidak terhingga kepada guru-guru. melalui pertemuan multaqa yang lalu. saya tahu guru-guru telah bertungkus lumus sampai anak-anak pelajar pun tak ade masa rehat... apatah lagi cikgu-cikgu..kejayaan anak saya banyak disumbangkan oleh sikapnya sendiri yang memang kaki belajar sejak kecil. berada dalam sistem Ua adalah tempat terbaik baginya meraih kecemerlangan...
Memang kecewa, result tidak segaimana yang diharapkan..Namun kami terima taqdir Allah.. kita dah berusaha lebih dari tahun2 sebelumnya..secara keseluruhannya result meningkat.. tahun 2012.. gps 2.5 sekarang dah berubah banyak ke tahun 2013 2.1 ... sebagai guru tiada istilah berpuas hati.. sehingga anak pelajar semuanya berjaya dapat A+, tapi apakan daya tidak semua pelajar berusaha ke arah A+,
As salam......ke mana mereka selepas ini? Adakah para hafiz dan hafizah ini akan mengambil program2 ijazah biasa spt mana pelajar bukan ululalbab? Adakah mereka akan hilang hafazan? Adakah mara menyediakan program lanjutan di universiti?
Bapa pelajar UA ambilan sulung.
Saya sebgai bapa pelajar yg baru mengambil keputusan SPM baru ni, syukur ke hadrat Allah SWT, pertama anak saya dapat mengikuti program UA dgn hafazan yg saya rasa teramat berterima kasih kepada semua yg terlibat dgn UA terutama guru-guru dan anak saya yg saya rasa telah berusaha lebih walau beliau hanya mendapat 7A n 2B, tetapi sekarang telah mengikuti jurusan beliau di UNIKL walaupun peringkat Diploma dengan biasiswa dari MARA. Janganlah kita kecewa dgn apa yg telah ditentukan Allah swt, masa depan beliau mungkin melalui jalan yg lain yg perlu beliau usahakan bermula dari sekarang, tetapi sekurangnya beliau telah ada ilmu hafazan, kepada yg Berjaya mendapat 11A dan 10A dan sebagainya tahniah, moga akan Berjaya didunia dan diakhirat, wassalam
Mohon pihak pengurusan MRSM Ulul Albab Kota Putra melipatgandakan usaha dan pertingkatkan lagi pengajaran bagi subjek Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan dalam usaha menonjolkan Ulul Albab sebenar bagi pelajar tingkatsn 5 yang akan menduduki SPM tahun 2014 ini. Begitu juga bagi tahun-tahun mendatang.Harapan dan doa semoga anak-anak ini dapat melahirkan Ulul Albab sebenar. Daripada bapa pelajar MRSM.

Tahniah kpd guru dan pelajar, masih byk ruang yg perlu diperbaiki. Kita berharap pelajar dpt mempertahankan hafazan mereka. Harap apa yg dinyatakan dlm slide berkaitan dgn Ulul Albab dpt dipraktikkan, cthnya Khailullah, memanah dan berenang ini dpt membantu anak2 pelajar yg sememangnya padat jadual mereka. Akademik penting tetapi pembentukan akhlak dan sahsiah diri amat penting. Mungkin program Islamic circle dpt dibuat dikalangan pelajar.

subhanallah,sy amat tertarik dgn mrsm ua ni,, rkn sy bljr dsini sdh bjaya mnjd hafiz ,walaupun sy bkn pelajar ua ,nmun sy amt bhrp inshaa Allah suatu hri nnti sy jg tmasuk golongan ululalbab.amin
Post a Comment