Seramai
40 anggota Kadet Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (KAPA) dari MRSM Kota Putra
telah menyertai perkhemahan Kadet Pertahanan Awam daerah Besut yang berlangsung
di Kem Seri Keluang, Besut.Perkhemahan tersebut berlangsung pada 21 April
sehingga 23 April dengan disertai oleh 425 peserta dari 15 buah sekolah di
daerah Besut
Perkhemahan itu bertujuan melengkapkan kemahiran pelajar
khususnya anggota agensi itu dalam selok belok membantu pelbagai bentuk bencana
dan cara menyelamatnya. Perlbagai aktiviti telah
diadakan sepanjang perkhemahan tersebut. Antara aktiviti yang diadakan ialah
pertandingan berbentuk kemahiran seperti kawad kaki,pertandingan melawan
kebakaran,pertandingan pertolongan cemas,pertandingan menyelamat,pertandingan
khemah tercantik dan pertandingan malam kebudayaan saya anak Malaysia.Disamping
itu,aktiviti mendaki Bukit Keluang telah dilaksanakan oleh jurulatih pusat
ko-kurikulum dengan tujuan untuk memupuk kerjasama dikalangan pelajar daerah
Besut.Ahli jawatankuasa teknikal perkhemahan dan guru penasihat kadet turut
terlibat dengan aktiviti perkhemahan seperti kursus komunikasi dan amali
protokol pegawai Pertahanan Awam Malaysia.
MRSM
Kota Putra telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan kawad kaki dan
diberikan penghormatan untuk menyertai pasukan kawalan kehormat.Disamping itu,
menduduki tempat pertama dalam pertandingan kemahiran menyelamat, taraf
perkhemahan dan johan malam kebudayaan.
Sesungguhnya
pelajar MRSM Kota Putra Ulul Albab telah mendapat banyak pujian dari masyarakat
luar kerana mempunyai akhlak yang baik, berdisiplin, bekerjasama dan berfikiran
secara kreatif. Semoga perkhemahan KAPA 2014 ini dapat melahirkan pelajar yang
seimbang dari segi akademik dan ko-kurikulum sekaligus melonjakkan nama MRSM
Kota Putra sebagai pusat melahirkan modal insan yang berkualiti.
Disediakan oleh
Ltm ( PA )
Muhammad Azizi bin Abdullah
Kem
Komandan Perkhemahan KAPA 2014
No comments:
Post a Comment