Tuesday, January 25, 2011

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 1, 2011

Cuti Pertengahan Semester 1, 2011 akan bermula pada 11 Mac 2011 (Jumaat) hingga 19 Mac 2011 (Sabtu). Untuk makluman, MRSM Kota Putra akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Silat MRSM SeMalaysia pada 20 - 24hb Mac 2011 dan pihak maktab perlu menyediakan tempat penginapan kepada peserta silat tersebut, terdapat perubahan dalam cuti pertengahan semester 1, 2011 sebagaimana berikut :-
a) Pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 akan mengikuti program GEMILANG PMR dan SPM bermula 11 Mac 2011 hingga 16 Mac 2011, boleh mula pulang pada petang 16 Mac 2011 dan kembali ke maktab pada 26 Mac 2011 sebelum jam 6 ptg.
b) Pelajar - pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 akan mula bercuti pada 11 Mac 2011, boleh pulang pada petang 10 Mac 2011 dan kembali ke maktab pada 26 Mac 2011 sebelum jam 6 ptg.
c) Pelajar - pelajar tingkatan 2 dan 4 yang terlibat menjadi sukarelawan kejohanan silat boleh pulang sebagaimana butiran b) tetapi perlu kembali ke maktab pada 19 Mac 2011 sebelum jam 6 ptg.

HARAP MAKLUM.