Monday, January 17, 2011

DISKUSI KHAS ULUL ALBAB DI KL 8 FEB 2011

Badan Muafakat maktab akan mengadakan satu sesi diskusi khas Program Ulul Albab di Seri Pacific Hotel, PWTC pada 8 hbFeb 2011 jam 8 malam. Ibubapa adalah dijemput hadir dengan mengesahkan kehadiran dengan sms (sertakan nama tuan/puan ,dan nama anak serta Tingkatan) kepada pengetua atau Timbalan Pengetua HEA (Tuan/puan yang hadir sesi lepas di Menara UEM harap dapat turut serta lagi). Kami memohon sedikit sumbangan untuk menampung perbelanjaan tempat dan jamuan ringan. Terima Kasih

2 comments:

Hj Yasim Mohamed said...

1. Ribuan terima kasih diatas cadangan pengelolaan Program Diskusi Ulul Albab seperti di atas. Izinkan saya mengemukakan sedikit cadangan semoga ianya memberi lebih menafaat serta “added-value” kepada semua.
2. Mohon dimaklumkan agenda Program Diskusi lebih awal supaya ibubapa yang hadir lebih bersedia untuk memberi in-put dan berkongsi pandangan secara lebih fokus kepada isu yang berkenaan.
3. Molek benar kiranya Tuan Pengetua dapat membuat sedikit pencerahan terhadap isu-isu yang dibincang secara panjang lebar di Pertemuan yang lalu di Menara UEM agar ianya tidak diulang bicara di Program Diskusi kali ini.
4. Apakah tindakan-tindakan yang telah diambil ke atas isu tersebut dan status letak-duduknya.
5. Pada pertemuan di Menara UEM yang lalu, tidak ada sebarang laporan dibuat untuk diwar-warkan ke dalam blog (untuk makluman kepada yang tidak hadir). Ramai ibubapa tidak mengetahui tentang pertemuan itu. Program kali ini diharap dapat dilapor dan dimasukkan ke dalam blog untuk makluman semua ibubapa.
6. Semoga Program Diskusi nanti mencapai hasrat dan tujuannya.
7. Jumpa di sana

Zue said...

Assalamualaikum,
Baru mengetahui tentang program diskusi Khas ini hari ini, sangat berminat utk mnyertainya kerana anak saya baru seminggu menjadi ahli keluarga koputra- byk perkara yg ingin disuarakan dan rasanya program ini mungkin medan terbaik untuk menyatakan pendapat.

Sangat bersetuju dgn Hj. Yasim bahawa tidak ramai parents yg mengetahui tentang program ini, kerana tiada kesempatan utk menjengah website, mungkin sms blasting adalah wadah terbaik bagi menyampaikan info.

Harap tidak terlewat untuk mengesahkan penyertaan.