Monday, January 31, 2011

Ganjaran Bagi Para Penghafaz Al-Qur'an

Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran “al-Hafiz”, akan mendapat 2 ganjaran :

  • Ganjaran di dunia.
  • Ganjaran di akhirat.

Ganjaran di dunia

Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamalatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. Di antara ganjaran tersebut adalah :

  • Penghafaz al-Quran merupakan golongan yang rapat dengan Allah S.W.T. di dunia.

“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.”(Riwayat Ibnu Majah)

  • Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.

“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)

  • Penghafaz al-Quran mendapat pengiktirafan dari Nabi S.A.W.

“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)

  • Al-Quran menjanjikan kebaikan bagi pembaca dan pengajarnya.

“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ganjaran di akhirat

Di samping itu, terdapat ganjaran di akhirat nanti bagi penghafaz al-Qur'an yang tiada tolok bandingnya, di antaranya adalah :

  • Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.

Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)

  • Penghafaz al-Quran akan mendapat syafa'at (pembantu) di akhirat.

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)

  • Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.

Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)

Sesungguhnya tidak rugi bagi mereka yang menghafaz al-Qur'an, kerana bagi setiap usaha yang digembleng untuk menghafaz ayat-ayat Qur'an itu terdapat pahala besar yang dikurniakan oleh Allah Taala tanpa kita sedari.

-sumber disunting dari blog http://www.imranshamsir.com/al-quran/kelebihan-menghafaz-al-quran/

1 comment:

bonda johor said...

ameeen...............mudah2an anak2 ululalbab kotaputra tergolong dalam golongan tersebut.