Wednesday, August 24, 2011

Majlis Khatam Tadarrus Al-Quran dan penyampaian Dana Ramadhan.

Gambar guru-guru yang mengambil bahagian sebagai pembaca dalam majlis khatam.

Program Tadarrus Al-Quran telah dilaksanakan sepanjang Ramadhan dan telah berjaya dikhtamkan pada 24hb Ogos 2011. Kesemua guru, staff dan pelajar telah menyertai program ini yang berlangsung pada jam 10-10.30 pagi setiap hari.


Ustaz Jusoh, Timb. Pengetua sedang menyampaikan hadiah kepada peserta pertndingan hafazan.

Program pertandingan Hafazan juga diadakan dan dibuka kepada pelajar tingkatan 4 dan 5. Mereka menghafaz surah-surah pilihan seperti Assajadah, AlMulk, Yasin dan Arrahman.

Cikgu Omar, Timb.Pengetua sedang penyampaikan Dana Ramadhan kepada pelajar yang kurang bernasib baik. 

Seramai 118 orang pelajar menerima Dana Ramadhan pada kali ini dengan jumlah kutipan lebih kurang RM7 ribu.

Tuan Pengetua menyampaiakn anugerah khas kepada pelajar tingkatan 2, Atiqah Daud atas kecemerlangannya menghabiskan hafazan dalam masa 1 tahun 7 bulan 17 hari.


No comments: