Sunday, August 14, 2011

Mentor Nasyid- Konsert Pertama


Satu program nasyid berkonsepkan MENTOR - Protege telah mula diadakan pada 11 Ogos yang lalu. Konsert pertama menampilkan 6 kumpulan mewakili 2 kumpulan setiap tingkatan. Tingkatan satu diwakili oleh kumpulan AlWahdah membawakan lagu menanti di Barzakh siap dengan lakonan mantap mayat di bawa bersama ke atas pentas. Kumpulan tingkatan 1 puteri diwakili oleh kumpulan  Saldah Insyirah mebawakan lagu alam remaja, tingkatan 2 lelaki menampilkan  lagu Senandung Selawat  dan puteri tingkatan 2 diwakili oleh kumpulan Nurunnajah dengan lagu Kawan. Tingkatan 4 lelaki pula di wakili oleh kumpulan Ghuraba' juga membawakan lagu Menanti di Barzakh.  Kumpulan perempuan tingkatan 4 Wardah Hasanah mendendangkan lagu bertajuk Hambamu.

Di akhir setiap persembahan mereka telah diadili oleh para juri dan diacarakan oleh Amir. Di akhir program 2 pasukan telah tersingkir dan yang lain akan mara ke konsert seterusnya minggu depan.

Persembahan terbaik pada kali ini dimenangi oleh kumpulan Wahdah , tingkatan 1 lelaki.

2 comments:

Dhiya Ajanz said...

xde video eh?

Anonymous said...

Fuiyoooooo. Gile terer! Aq tabik doh sekolah korang. Sumpa awesum. Aq nak masok lah. Bayaran die berapa? Ni mak aku tanye. :D Ni fb aq: Puteramu twitter: PuteraArif93