Sunday, August 14, 2011

Usrah Ulul Albab- Guru Tahfiz bersama Tuan Pengetua








10.00-10.35 pagi

Dapatan Usrah :

Ust. Adzli ( Ketua Unit Pendidikan ISlam)

- peringatan di akhir zaman ini, ramai yang ada ilmu agama kurang amalnya, ramai yang banyak amalnya tetapi jahil pula ilmu agama. Tugas kita mengimbanginya.

- Di hadapan kita ada 850 orang pelajar yang menjadi sasaran dakwah kita, jika kita dapat lahirkan cendikiawan dan ulama, kita mendapat saham yang sangat besar di akhirat.

Tuan pengetua

- Ramainya guru agama di MRSM Ulul ALbab satu nikmat dan rahmat, bekerjalah untuk jadikan MRSM ini lebih hebat kuantitinya dan kualitinya.
-Kita sedang menempuh zaman penuh cabaran , jangan kita lalai dalam mendidik pelajar kita.
- Cabarannya adalah membentuk akhlak pelajar selari dengan ajaran Al-quran yang dihafaz.

Ust Azlan.
- Saranan diperkasakan bahasa Arab dikalangan pelajar serta berikan mereka rasa cinta dan semangat mempelajarinya kerana ia bahasa yang patut dikuasai untuk memahami al-Quran.

Ust Faizul
- banyakkan input akhlak , adab dan lain-lain ilmu agama kepada pelajar. Adakan setiap selepas solat tazkirah, setiap minggu ceramah, setiap hujung bulan program meningkatkan sahsiah mereka walaupun ada antara mereka mengadu penat.  Inilah masa terbaik untuk mendidik mereka.

Ustazah Sarah
- perkukuhkan badan dakwah di MRSM ini (BAISAF) agar pelajar dan guru dapat berkerjasama dalam meningkatkan sahsiah pelajar.

No comments: